Jadual Exam
Macam mana nak cakap eh, sebenarnya kalau belog kita ni dibaca dalam kalangan ahli keluarga kita, or kenalan yang benar-benar mengenali diri kita. Privacy itu sedikit sebanyak terganggu. Nak meluahkan sesuatu pun seperti terbatas. Nanti mula lah ada yang terasa hati walaupun hakikatnya aku bercerita tentang hal orang lain. Tetapi orang lain pulak yang terasa.
Oke abaikan. Berbalik pada cerita aku yang berada dalam minggu exam. Tetiba kakakku yang sorang ini menegur aku di YM:
“ weiii..rajin ko update belog. Sudah-sudah lah tu. Nak exam sila baca buku!”
“oke ”. Jawabku ringkas.
(perbualan terakhir yang lebih kurang macam tuuu)
Terus aku signout YM, dan sampai kini YM aku dah tak boleh nak sign in. Sungguh! Aku rasa dia dah hantar perewang kat YM supaya aku rajin-rajin study. Owh terima kasih my sistah! Adikmu Anita ini mahu start study besok malam. Malam ni nak meronggeng lagi. Keh keh keh.
Ini jadual exam aku. Aku buat dan aku tampal kat dahi belog aku nih! Supaya aku ingat yang aku pelajar yang berwawasan dan cemerlang lah kunun.
Tarikh | Masa | Tempat | No Meja |
3.05.2011 (selasa) | 8.30 am - 10.30 am | BS 02 -KAA | 46 |
8.05.2011 (ahad) | 8.30 am - 10.30 am | DK2 | 34 |
8.05.2011 (ahad) | 2.00 pm - 4.00 pm | BK Al-Hadi | 33 |
Comments
bagus gak lah idea ko tu!
lagi senang idup kita takyah baca-baca~ :P
fokus. selesai dulu yang mana perlu. =)
ekeke... siap ada nombor meja.. uitm takdak nombor meja.. dok la mana suka pun...
makan je buku tuu..
hahahaha
TENGS kak Siti :)
tengs MAMA SHIKIN!
Memang kadang camtu hilang stress, tp yg buat stress sbb tak boleh nak stop..hihi
ko mmg suka dengki.
tulah! macam budak sekolah rendah nak kena susun2 meja..hehe. kadang kalau duduk dengan kawan2 ni kot2 ada peluang tiru2 ke..kui3
nak jeles nih dengan Myra.. nk geget orang..grrr :P
tengs sayang. :)
cukuplah!
dah final nih malas nak pikir banyak..hehe.
tengs farid.
tak nak makan, nak rebus je buat juice. :)
eh tamau eh seketul je yg membanggakan! nak berketul-ketul..hehe