Apa khabar Friendster kalian?


Jam 2.32 am sekarang.

Aku tak tahulah, langsung tak berfaedah lagi tak bermanfaat apa yang aku buat hari ni. Tiba-tiba je terus aku type www.friendster.com . TERrindu pulak kat friendster (fs) ni.

Bila muncul je fenomena muka buku a.k.a facebook tu! semua orang aku rasa mencurang dengan fs ni. Bukan setakat curang yang biasa. Curang luar biasa! Tinggal terussss. Weyhh dahsyat.

Majoriti sebelum popular facebook tu, ramai yang dok hari-hari mengadap friendster ni sampai naik pening macam korang ngadap facebook tu jugak. Bila internet macam haram jadah tak boleh bukak friendster, korang mulalah start tak tenteram hidup kan? jangan tipu cakap tak! Sebab aku pun macam tu dulu... :P

Nih aku tunjuk sikit friendster aku! Gila oh sebab last aku bukak 8 October 2009 jam 10.55 a.m.



sila baja untuk besar


Sekarang dah 2011 weyh. Sebab tu aku rasa fs aku ni demam panas, demam nak jumpa tuan comel dia yang dah tak sudi nak menjenguk nih. T_T kejam aku pada dunia fs.

Haa.. yang aku rasa macam nak gelak sebab status aku kat fs tu yang berbunyik:


...kenangan-kenangan lalu merupakan kenangan yang terindah,
tetapi kepahitan-kepahitan yang lalu,
sukar untuk menjadikannya ia indah,
atas kita yang mereka cipta keindahan dan kepahitan itu...


Aku memang sedar! aku memang jiwang sejak azali. keh keh keh. Aku pun lupa kenapa aku tulis sampai macam ni sekali, tapi aku rasa masa ni sebab bengang dengan skandal aku yang dah kerja engineer tu lupa daratan dan lupakan aku gadis kampung yang hingusan nih! muahaha. upsss.. kau baca ke skandal? maap ye. Nostalgic!

Friendster ni dulu aku rasa sangat best! Sebab boleh tukar-tukar layout yang cantik-cantik kan ikut suka hati kita. Macam layout blogspot ni jugak. Tapi sekarang dah tak suka dah walaupun fs ni dah upgrade ala-ala facebook. Aku pun tak tau kenapa tak suka.


sila baja untuk besar


Sempat lagi kat profile fs aku tu gedebuk sebijik muka aku macam mak limah! (kurus murusnya aku dulu macam tak cukup makan) Memang aku takkan padam apa yang ada kat fs tu. Biarlah jadik kenangan untuk anak-anak aku. Anak la sangat kan?

Jadik. Apa khabar friendster korang?
Jenguk lah ye lepas baca post aku nih. Kot-kot tengah demam panas tu. Selamat tinggal fs! Lepas ni entah bila tah aku nak jenguk lagi. Mungkin tahun depan kottt...


| jangan bawa resmi lalang.makin berisi makin jegang |


bye.

Comments

THE GREEN said…
salam anita...

frenster saya pun dah lama giler x update..gmbr pun dah ntah zaman bila..geng2 lama pun smua dah contact. kalo tnya, balik2 fb..fb..fb..

bosan btul...
HEROICzero said…
hahahahahahahaA! entah apa jadi dengan fs aku. zaman budak2 dulu pakai. myspace pun sama. =)

*respon yang anda minta, sudah siap ditulis d bawah.
aku dah lupa password. hahaha. tapi dlu serius la, mesti ada akaun fs. haha
Anonymous said…
friendster aku? pakai sebulan ja
myspace aku? pakai 3 bulan ja

aku dulu x aktif online ni semua
start dengan blog then br main FB
Teratak pena said…
percaya atau tidak akak tak fs. tak tahu masa tu... tak tahu apa itu blog juge...

ha...ha...ha... buta IT sungguh
fs cam dh tggla jauh..myspace sje2 je bkk ade la..

tp skg,mood pd fb n lbh byk pd blog.. =)
Cik Anita said…
@BLADE EDGE

hehe. perkara biasa lah tu!
ramai kawan2 dah tak aktif fs, jadi tak syok sebab tak ada sesiapa kat situ..

memang! sampaikan mesej pun kat fb. kalau pakai fon nak jimat katanya..ishk
Cik Anita said…
@HEROICzero

eh tu dulu bukan zaman budak-budak la, tu zaman batu kapur..keh keh keh

*tq atas respons itu :)
Cik Anita said…
@- GC -

lupa??haiya...
ko nih banyak makan semut ni..lain kali pakai semua pasword sama. senang cerita~ hehe
Cik Anita said…
@Rozami

ciss..
boleh caya ke ko nih?
tu tandanya dulu ko kaki stadi la eh? wahh..hebat kawan aku ni..hehe
Cik Anita said…
@Bayu Kenangan

kak siti. Really?
jarang orang tak ada fs..hehe.
Akak ada fb tak? meh nita nak add :)
Cik Anita said…
@nusha

hehe. myspace bukak lagi?
kira ok sangat lah tu..boleh dah bukak twitter pulak.. :P
YouSOF said…
jap² nak ingat balik cara mudah nak login fs.. ;D




Ingat lagi 1st time layan laman sosial myrakan (anak Malaysia yang punya) pastu baru gedik nak layan ms, fs, tagged, pastu sekarang terus setia pada Cik Fb.. ;D

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA