Polka's night


Masih dalam entry bergambar lagi ye. Oke jum layan. Meh kita tengok kreatif tak kreatif lah bebudak junior ni ubah bilik tv jadik tempat berparti dot dot. Bawah ni ha bilik tv, tp bebudak ni jadikan camni. Oke nice~ Simple je tak usah pening-pening kan. Yang penting nampak motip polkadot tuu..

Bukan bilik tv je yang berdot-dot, tangga dengan pintu masuk kat groundest pun dorang ni letak dot-dot. Oke korang memang rajin sangat!

Sempat jugak aku posing kat tangga sebelum naik bilik.

cakkkk...kat situ pon ada dot-dot..good job adik2 junior!!
(ini gambar masa siang hari)


Ekceli polka's night ni majlis meraikan pelajar tahun akhir dalam blok kat Kolej kediaman aku nih. (acara wajib setiap tahun) Biasalah, mana-mana kalau dah final year ni jadik gelamor sikit. Time gini jelah nak kejar gelamor banding adik-adik junior tu kannn...


(ini gambar di malam hari)

special cake coklat utk kami! sedap~


Tak ramai pun ha kami yang senior ni, ada 11 ketul je! Nak ikutkan sebenarnya ramai, tapi masa pengambilan student dulu, kitorang sama dengan budak-budak yang kos 4 tahun. Jadik kami yang belajar 3 tahun ni belah dulu lah... bubye korang budak-budak 4 tahun.. hihi. Duk lah korang memerap kat kolej ni setahun lagi :D

Terima kasih bebanyak sebab buat majlis tu meriah dan enjoy untuk kitorang. Baru lah ku tahu adik-adik junior ni sangat sporting morting. Kalau tak sebelum ni selisisih jalan pun tunduk-tunduk takut nak senyum kan. hehe. Ke aku ni ha yang tersombong dengan adik-adik kat blok aku nih. Mintak maap ye adik-adik junior sekaliannn.. :)


Anita dan rumet yang polkadot hanya sikit. Baju pun aku pinjam! malas weh nak modal. Aku kan memang kedekuttt.. Janji nampak lah ada dot-dot sikit..

Queen of the Polka's night! Syabas..muehehe



TERIMA KASIH BUAT SEMUA adik junior yang bertungkus lumus nak menghepikan kami para senior yang banyak songeh ni. peace*


nota tambahan: banyak lagi aktiviti sebenarnya, persembahan junior, persembahan tarian senior, tukar2 hadiah, sukaneka sikit, makan-makan, berpantun dan macam-macam. Tak ada pica yg lain tu, tak sempat nak snap pun.

Comments

apa aktiviti malam tu? takkan makan kek je?
Nurul Yaqeen said…
wah meriah! diner blok kami simple je, wat kt tepi tasek..
puanstoberi said…
wahahahah... tingat zaman2 dulu. bes gak ek..polka dot nite.. gud idea.. teheheh

p/s : yunk, akak tak napak komen org lain, asal putihkan font dia?? ke kat PC akak je camtu??
Cik Anita said…
gc:
eh taklah. banyak lagi aktiviti, cuma tak ada gambar jeh..yg lain tu tak snap pun..hehehe. tak sempat!
Cik Anita said…
@yaqeen!
eh lagi la meriah buat kat luar blok? kitorang dalam bilik tv bayar 5 hengget je..muehehe
Cik Anita said…
@puan stoberi
pasni zaman keje dah tak camni sangat kan? huu..

ha tu la pasalnya! anita pun tatau nape font tu jadik putih..huhu..tp kalau bukak pop out die ok tak putih..camne eh nak betulkan?
puanbee said…
comel polka dott..akk suke gak!!
Cik Anita said…
@puan bee
akak suke? Anita seribu lagi sukeee...hihi :)

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA