Perihal sekufu lagi T_T


Tempoh hari aku dah ada cerita dah pasal sekufu-sekufu nih. dekat entry INI

Sekarang ni timbul lagi soal benda alah yang ini. Ini bukan tentang aku. Aku cuma cerita atas pihak kawan aku je. Kesian jugak kawan aku ni. Dipendekkan cerita sekali lagi. Si Encik Cinta dia yang hanya lulusan SPM dan si Makcik Cinta lulusan Unibersiti pulak tu. Dorang ni bercinta sejak bangku sekolah form 4 dulu.

Kawan aku ni memang selalu mengadu masalah pada aku sambil nangis-nangis, aku yang lapkan hingus dengan air mata dia. Sahabat baik lah katakan. Semalam dia mengadu lagi dengan aku. then dia forward mesej si Encik Cinta dia pada aku.


Si Macik Cinta a.k.a bff aku tu dapat mesej yang begini:


aku rasa aku tak mampu nak bahagiakan kau akan datang.
aku tak mampu nak berdepan dengan family kau dengan taraf aku yang macam ni.
dengan keadaan aku yang tak ada apa-apa. ko paham tak?
aku tak setaraf dengan kau. ko bijak senang masa depan.
tapi aku. apa yang aku mampu buat. nak aku tumpang senang pada kau?
ada kau fikir semua tu? aku tak nak hidup makan hasil bini.
paham tak?


Alkisahnya dorang bergaduh sebab si Encik Cinta yang dah nak tak nak mesej dan nak tak nak angkat phone.

Erm. Aku tak retilah nak komen apa. Cuma, sekiranya mereka ditakdirkan tidak bersama. Aku harap mereka akan bahagia dengan pilihan masing-masing. Satu lagi buat Encik Cinta kawan aku tu~ kalau rasa dah tak sekufu apa lagi. Sambung lah belajar tingkatkan taraf dan keyakinan diri tu. Ini yang ko duk jerit-jerit tak setaraf tapi kau tak berusaha apa pun tak jadi la der~


|| kalau tak berduit. ke mana tercuit-cuit ||


*** si sahabatku sempat berbisik. Aku labih rela menjadi andartu kalau tak kahwin dengan dia. Ya tuhan!

Comments

hhmm.cian dia..

kenala pk pnjg kedua2 belah pihak..
Cik Anita said…
@nusha

itulah.
barangkali perlu berfikir panjang sebab takut masalh dtg bila dah berumah tangga kelak. hurm :(
YouSOF said…
Kadang² DIA memang tetapkan kita tuk melihat orang yang kita sayang, tak semestinya hidup dengan kita... tu yang sebetul² sayang. kalau betul sayang, selalu la doakan dari jauh, moge dia terus bahagia.. (ambik dari 1 program)
Anonymous said…
"ku tak nak hidup makan hasil bini"
sama dengan fikiran aku.

ekceli jenis2 kami ni selalu fikir negatif. patutnya motivasikan lelaki tu yg lulusan SPM pun blh berjaya. malah ada lebih berjaya drpd lulusan universiti

dia x nampak jd dia merendah diri

aku pandai cakap... tp kami serupa
taraf manusia tu sama je di sisi Allah.
Mak Su said…
semuanya akhirnya berbalik kpd jodoh. dan bila jodoh dah datang, redalah... semua ni ujian dari Tuhan utk kita hambaNya
susah ni kalau tak skufu
Cik Anita said…
@YOUsoF

ermm. kalau betul-betul sayang, tamau lah doakan je. Nak lah terus hidup sesama..kan? kan?
Cik Anita said…
@Rozami

kerana sikap kaum adam yang begitu merendah diri tu, menyusahkan kami kaum hawa. tau x? grrr.. lumrah~
Cik Anita said…
@- GC -

diharapkan semua orang mampu untuk berfikir seperti kau GC :)
Cik Anita said…
@Mak Su

Harap diri ini menjadi redha juga. Hurm.susah sebenarnya :(
Cik Anita said…
@Cik Su Life Cycle

memang.
tapi lagi susah kalau tak memajukan diri agar lebih sekufu.
puanstoberi said…
susah la kalo awal2 lagi lelaki tu da surrender. Ptt kalo pompuan tu dah rela dia pun lelaki kena struggle.
kalo camtu Anita gitau bff Anita tu, solat istikarah..
HEROICzero said…
aku tinggalkan seseorang hanya kerana bila nanti dia sudah bekerja, aku masih sangkut belajar x habis2.

dan memang betul. sekarang dia sudah bekerja. aku memang masih sangkut belajar x habis2.

heh.
Teratak pena said…
Encik Cinta berfikir utk masa hadapan.. mungkin tidak Makcik Cinta yang memilih namun biasanya masyarakat akan berkata-kata... dan yang nyata kata-kata itu ada masa perit untuk kita terima
ghost said…
bagi aku plak bagus dengan apa yang dia telah nyatakan..itu yang sebaiknya.rasa rendah lelaki itu nanti akan merosakkan hubungan mereka pada masa akan datang ketika mereka sudah bersama..kan lebih teruk.

memang dia patut sambung belajar utk tingkatkan balik taraf dia tapi kena fikir sama akan keadaan dia.mungkin dia menghadapi masalah kewangan dan dia cuma perlu kerja untuk teruskan kehidupan dia.

dia telah pon beri peluang sebenarnya pada kawan kamu neyta..
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

hurm. itulah, lelaki tu sangat-sangat merendah diri! apa pun hubungan yang dah lama tu semai lah elok2 kan.

insyaAllah. Nnti Anita pesan. Istikharah itu yg terbaik :)
Cik Anita said…
@HEROICzero

kau tak meyesal ke dengan apa yg kau buat? itu lebih bahagia? need ur respons. :)

ko belajar main-main tu! jgn memals~hehe
Cik Anita said…
@Bayu Kenangan

mungkinkah juga kerana takut akan kata-kata masyarakat, maka Encik Cinta memilih jalan ini? jalan yang menyakitkan macik cinta? ouh sangat rumit!

memang kata-kata yang luhur itu sangat perit untuk ditelan. :(
Cik Anita said…
@ghost writer

sebenarnya...

apakah yang dinyatakan itu peluang untuk kehidupan baru makcik cinta?? benarkah tiada akan penyesalan jika makcik cinta mengakui apa yang diperkatakan encik cinta?

keliru dan sangat keliru :(

ya, memang Nita tahu kenapa Encik cinta tidak meningkatkan taraf kehidupan. kerana masalah wang, dan masalah tiada minat itu juga! tapi adakah hanya kerana ini akan hilang macik cinta untuk selamanya? :(

menanti jawapan apakah sebenarnya peluan itu benar atau sebaliknya...
HEROICzero said…
aku bersama dia, dari form 5. dan terus sampai 4tahun.

entah. menyesal atau tidak, persoalan lain. i need to do what i have to do.

susah, bila terus tinggalkan begitu saja. perlu kuat. orang selalu kata, sakit bila ditinggalkan. sebenar nya sakit lagi orang yang meninggalkan. perlu tegar.

tapi bila tengok hidup dia sekarang (kadang2 saya stalker, keh3x), dia sudah bekerja, dan ade boyfriend yang baik, sama2 sudah bekerja, dan sedang2 planning utk berkahwin, sudah mula beli barang2 rumah, perabot,

rasa menyesal itu hilang terus. dia tampak lebih bahagia tanpa aku. dengan aku meninggalkan dia, dia jumpa seseorang yang jauh lebih baik dari aku.

Alhamdulillah. =)

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA