Hepi bufday to my Adik kedua paling kecik




Eh sebelum aku lupa.

Nak wish 'SELAMAT HARI LAHIR' buat adik aku yang kedua bongsu ni. Adik beradik aku yang number 8. Semalam kalau aku tak silap. Saffa Tun Husna nama dia. Tapi aku panggil dia Una jeh. (budak seperti yang tertera di atas)

Aku tak wish pun kat dia, call or mesej pun tak. Kejam sungguh kakak dia ni. Serius aku tak teringat. Sebab budak kecik ni jarang nak mesej aku. Jadi aku pun tak sure mana satu number fone dia.

Tahun ni si budak kecik Husna ni baru nak UPSR. Alang-alang aku nak wish sekali lah, belajar rerajin ye budak. Selain tu rerajin kemas rumah. Engkau sorang jelah harapan bangsa nak tolong mak masak nasik kat rumah!

Lagi... jangan bercintan sangat. Aku pun tak paham macam mana dia ni boleh tersangkut cinta monyet dengan mamat orang Kedah. Padahal sekolah kat kampung aje. Ini gara-gara zaman pacebook lah ni sampai boleh kenal jauh nun kesana. grrr.

Ha.
Si Una, aku tau kengkadang ko ada bukak belog Kakak mu Anita ni. Sila mesej aku! Nanti aku bagi hadiah topap 5hinggit kat ko. Oke? Ini daku janji yang tak tipu punya. Tapi syaratnya ko kena mintak. Kalau ko diam, aku diam jelah. Jimatttt duit aku. keh keh keh :P


***selamat berhujung minggu kalian :)

Comments

Myra Arshad said…
happy birtthhdaaaayy adikk :p
Anonymous said…
ramai adik beradik ko...

aku plak x pernah ucap besdey kat abang2 n adik aku. hehe

kalau aku una. aku jawab,"ala top up alang2 10 hengget"
Cik Anita said…
@Myra Arshad (:
kak myra sayang. Mna boleh wish jeh..hadiah tak ada ke? hihi
Cik Anita said…
@Rozami
ye..adaik badik aku memang meriah! 9 semua..hihi.

ko mmg adik or abang yang bertuah! nasib baik aku tak dapat abang cam ko.keh keh keh

si una ni tak boleh bg topap banyak2, nnt die asyik nak main talipon je... :)
Teratak pena said…
happy birthday... dan semoga berjaya dalam upsr
puanbee said…
una nama nyer ? mcm anak kak bee , apa2 pun happy besday buat una jugak moga dilimpahi kurnia NYA
puanstoberi said…
humang aih... ada pakwe jauh di Kedah.. teknologi..teknologi. teheheheh :D
by d way, cumel juga adikmu itu. akak ada anak buah lelaki form 1, nak alamat fesbuk beliau?? hahaha
bantalbucuk said…
kalau saya yang wakilkan mesej..agak2 dapat topap tu tak..? hehe :p
besday gurl lebih baik cepat.. anita tengah bermurah hati tu
Cik Anita said…
@puanbee

nama penuh anak kak bee apa?? mesti cumil jugak kan..hehe. terima kasih atas ucapan :)
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

itulah pasal, teknologi moden bebudak pun bukan main lagi senyap2 camtu jadi die..hihi.

haaa?
bulih jugak tu.. nanti bersedara lah kita.. kui3
Cik Anita said…
@bantalbucuk

alamak!
ini untuk umur 12kebawah. agak umur tahap mana nih?keh keh keh
Cik Anita said…
@Cik Su Life Cycle

tapi sampai sekarang memang dia tak mesej pun..memang macam tak dapat lah tu..ishk3. rugi dia~hehe
ghost said…
nasib baik LDR,tak lah risau sangat.biasalah teknologi tanpa sempadan,ditambah dengan bermacam-macam social network..
alah tomei nya besday girl...ada adik kecil2 lagi ya ita..kak ita ada 5 org..1 dah meninggal yg last aje tak kawin..lelaki dah 28 th...

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA