Hepi bufday to my Adik kedua paling kecik
Eh sebelum aku lupa.
Nak wish 'SELAMAT HARI LAHIR' buat adik aku yang kedua bongsu ni. Adik beradik aku yang number 8. Semalam kalau aku tak silap. Saffa Tun Husna nama dia. Tapi aku panggil dia Una jeh. (budak seperti yang tertera di atas)
Aku tak wish pun kat dia, call or mesej pun tak. Kejam sungguh kakak dia ni. Serius aku tak teringat. Sebab budak kecik ni jarang nak mesej aku. Jadi aku pun tak sure mana satu number fone dia.
Tahun ni si budak kecik Husna ni baru nak UPSR. Alang-alang aku nak wish sekali lah, belajar rerajin ye budak. Selain tu rerajin kemas rumah. Engkau sorang jelah harapan bangsa nak tolong mak masak nasik kat rumah!
Lagi... jangan bercintan sangat. Aku pun tak paham macam mana dia ni boleh tersangkut cinta monyet dengan mamat orang Kedah. Padahal sekolah kat kampung aje. Ini gara-gara zaman pacebook lah ni sampai boleh kenal jauh nun kesana. grrr.
Ha.
Si Una, aku tau kengkadang ko ada bukak belog Kakak mu Anita ni. Sila mesej aku! Nanti aku bagi hadiah topap 5hinggit kat ko. Oke? Ini daku janji yang tak tipu punya. Tapi syaratnya ko kena mintak. Kalau ko diam, aku diam jelah. Jimatttt duit aku. keh keh keh :P
***selamat berhujung minggu kalian :)
Comments
aku plak x pernah ucap besdey kat abang2 n adik aku. hehe
kalau aku una. aku jawab,"ala top up alang2 10 hengget"
kak myra sayang. Mna boleh wish jeh..hadiah tak ada ke? hihi
ye..adaik badik aku memang meriah! 9 semua..hihi.
ko mmg adik or abang yang bertuah! nasib baik aku tak dapat abang cam ko.keh keh keh
si una ni tak boleh bg topap banyak2, nnt die asyik nak main talipon je... :)
by d way, cumel juga adikmu itu. akak ada anak buah lelaki form 1, nak alamat fesbuk beliau?? hahaha
InsyaAllah :))
nama penuh anak kak bee apa?? mesti cumil jugak kan..hehe. terima kasih atas ucapan :)
itulah pasal, teknologi moden bebudak pun bukan main lagi senyap2 camtu jadi die..hihi.
haaa?
bulih jugak tu.. nanti bersedara lah kita.. kui3
alamak!
ini untuk umur 12kebawah. agak umur tahap mana nih?keh keh keh
tapi sampai sekarang memang dia tak mesej pun..memang macam tak dapat lah tu..ishk3. rugi dia~hehe