Tentang kerja di Cuti Semestar

Salam jumaat...

Tak semua orang suka nak kerja waktu cuti sem, konon sebab nak rest-rest tenangkan otak kan. Tapi aku suka nak kerja! Sebab dapat la tambah-tambah duit poket, nanti masuk je sem baru boleh la pegi holiday dengan duit kerja tu kan? Tak pun beli henpon baru ke.. Kan mengancam tu? Kalau duduk rumah menganga je besorkan bontot, tak ada sapa yang nak bagi duit. Ke korang nak bagi?haha.

Sebenarnya ada kerja yang member-member ni ajak. Kerja jadi pembantu sukarelawan kat MAHA. Tau apa MAHA? kalau tak tahu kelik MAHA.

Lokasi: Serdang, Selangor.

Sukarelawan apa aku tak tahu lah, jaga lah apa yang patut. Jaga parking ke? jaga tiket ke? Jaga pokok ke? Kutip sampah ke? Yang penting kerja...

Kerja dalam masa 10 hari je, tapi gaji boleh lah tahan. Kalau sehari dia nak bagi dalam anggaran seratus. Kerja 10 hari dapatlah dalam seribu. Itu pun tak nak ke? Memang aku nak sangat sangat sangat. Tapi... disebabkan rumah aku ada kenduri kakak aku kahwin 4hb 12 tu. Jadi aku berkorban lah konon-konon tak nak. Dalam hati tuhan je yang tau!

Kesian lah kat kakak aku tu kang tak ada yang tolong. Nanti masa aku kahwin tak ada sapa nak tolong pulak. Kan dah naya tu. Keluarga tetap yang UTAMA ye kawan-kawan sekalian!

Sebab tu kalau member-member aku ni bincang pasal kerja tu 25hb 11 - 4hb 12 tu. Bincang pasal tempat tinggal, bincang pergi kerja nak naik apa, bincang nak pakai baju apa... Aku buat-buat tak dengar je. Buat-buat tak nak ambik port. Ceh! Sebab nak sedapkan hati lah konon kan.

Haa..Sebelum aku lupa, mungkin ada antara korang yang baca ni student UPM kan? kalau nak kerja cakaplah. Ada borang yang nak kena isi tu ha. Special kepada warga upm sahaja yeee... :D sila-sila selagi masih belum terlambat...

Lepas tu aku search la kat google image tu. Aku taip KERJA. Tapi muncul pulak gambar yang kat bawah ni? Apakah hal? Memang betul-betul tak ada kerja ni. Siapa tak ada kerja masa cuti semester kang, jom "cium ketiak kawan-kawan anda". huahua :P



gambar from pakcik googleku sayang...


Comments

man yusoef said…
MAHA tu 2 taun sekali kan, last time 2008..time tu tgh 2nd year kat UPM..
Cik Anita said…
eh yang masa MAHA 2008 tu, saya junior baru je masuk! hihi.. itu pun 2 ke 3 kali ulang alik g maha tengok bunga orkid! :P
Nur Qistina said…
wah! menarik. isi poket tambah pengalaman. tapi saya bukan warga UPM. T_T
THE GREEN said…
salam...

hahaha...mana ada org keje cium ketiak..
an_nisa89 said…
rasa mcm nak jugak...tp ade kenduri kawen sepupu 28hb...huhu...
Unknown said…
bak resume.. bapak aku nk cr tukang kebun.. :P
Anonymous said…
isk2 gambar tu msti nga experiment.huk3
Ziela said…
saya warga upm..mcm minat je..cmne nk join keje ni?hihi
Teratak pena said…
nak durian dr UPM... pos kat akk ye...:) kidding
wakakakakakaka
kerja part time kat mekde dan kepsi banyak kosong
Cik Anita said…
@ Nur Qistina:
kalau bukan warga Upm, warga serdang pun boleh join!

@Blade edge:
hihihi... nak bau ketiak sedniri pun pengsan! inikan cium ketiak orang~ pengsan!!
Cik Anita said…
This comment has been removed by the author.
Cik Anita said…
@An nisa:
huhu..kenduri mmg penghalang kita kan? sabar jela..family yg utama..hehe :)

@Heidi Syafiq:
tak mau lah tukang kebun. Aku nak tukang gaji. Ada kosong tak? hehe
Cik Anita said…
@macy:
mebi la..eksperimen yg sangat wangi! hik3

@ Ziela:
eh really? add my fb..cepat2..besok last day apply form.
Cik Anita said…
@kak siti:
eh kak siti pun suka ddurian sini, sedap kan!!

@brutalsolo:
tu part time lama2..penat lah~
tiqaa said…
wah macam menarik je nih. dah lepas eh? huhu. tapi saya bukan warha UPM jugak. :'(

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA