Hari 29 - Siapa anda 10 tahun akan datang?

Assalamualaikum...
 
Soalan ni yang membuatkan aku berfikir sejenak. Masih panjang umur kah aku 10 tahun akan datang. InsyaAllah. Tiada siapa yang tahu akan tahap mana umur kita. Sedar akan itu, tapi tiada juga kesedaran dalam banyak aspek. *muhasabah diri*

Oke seterusnya... 

10 tahun lagi maka umur aku dah menjangkau 30 dan keatas. Aku juga barangkali seorang perempuan yang hebat pada masa itu. Ecewah. Hebat kerana aku barangkali sudah punya suami dan punya anak-anak. Sekiranya diizinkan oleh Allah untuk aku punyai zuriat. Aku seorang isteri dan juga punya gelaran sebagai seorang ibu. Ehem. 

Bila sebut tang anak-anak ni, boleh tak kalau aku nak cakap... aku mahukan sepasang putera dan sepasang puteri. Gedik kejap. * So the totals is four! Cukuplah empat. Enggak mahu banyak-banyak sangat. Risau tak terjaga kang. Pandai ke aku jaga anak? Sebab kadang terpikir, jaga diri sendiri pun cam tak terjaga.
 sumber sini
 
Oke abaikan. Manakala perihal kerjaya, aku tidak berani untuk menarauh harapan yang menggunung. Cuma aku berharap punya kerja yang sudah stabil plus sesuai plus gaji yang berpatutan untuk aku shopping bersama anak-anak. Ewah. Shopping pulak yang keluar dalam kepala otak aku. Itu memang kewajipan untuk treatment diri dan minda. 

 Juga pada ketika ini, menjadi seorang anak yang berjaya dan berbakti kepada kedua orang tuaku. Juga menjadi adik dan kakak yang mengenang jasa. 

Tak lupa juga, mungkin pada ketika itu aku sudah menunaikan umrah. Kan? Mana lah nak tau. Kot termampu. So doa jelah yang terbaik untuk masa depan kita. InsyaAllah.

So target kalian cemana? 10 tahun lagi? Agak-agak dimanakah anda pada masa itu? Jawab jangan tak jawab.

Thats all. Thank you. 

With loves, hugs, & kisses.
 Anita. 

Comments

Izwa Kamaruddin said…
lagi 10 thn akak target duk umh sendiri & anak-anak pun dah besar..
Chekgu Azrine said…
semoga dipermudahkan ye sis..semoga apa yang diimpikan cik anita kita akan terlaksana..insyaAllah..
amin........tang anak tu lebih kurang lah..he..he..
Marilah kita memikirkan siapa kita 10 tahun lagi dengan membaca buku motivasi masa depan dengan tajuk yang sama yang sedang hangat di pasaran..

http://www.facebook.com/siapakita10tahunlagi

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA