Wajarkah menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih?
Assalamualaikum.
Aku
ada terbaca cerita tentang entry ini di satu laman belog tempoh hari. Pelbagai
persoalan telah dilontarkan yang ku rasakan, sangat bernas dan memberikan aku
idea untuk melontarkan pandangan. Sebenarnya bergantung kepada situasi itu
bagaimana. Keredhaan masing-masing aku rasa. Kalau anda rasa tidak redha,
jangan lah hadir.
Tapi...
Jawapan aku untuk persoalan ini ialah, AKU
TIDAK AKAN HADIR. ;P Bukan tidak redha..Tapi sekali lagi di sini...
sumber SINI
Mugkin
tanggapan anda pada aku, ouh Anita sangat tidak profesional. Sangat tidak
pandai mengawal emosi so far and so forth. Yang lepas biarlah lepas, buat apa
nak kenang-kenang kan? Tuhan tu sudah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk
kita dan masa depan kita. Si dia bukan jodoh kita, itu bermakna ada seribu satu
jawapan kebahagiaan yang akan hadir di masa akan datang. Jawapan yang sangat
kliser.
Itu
aku akui. Tapi sanggupkah kita melihat si dia bersanding bahagia dengan insan
pilihannya. Dan kita ni insan yang
tidak dipilih sayu seorang diri. Sedangkan di satu ketika dahulu, bersama-sama
meneruskan kehidupan susah dan senang bersama kononnya. Mencipta angan setinggi
langit untuk duduk di kerusi persandingan bersama. Bergurauan senda, tema
apakah majlis perkahwinan bersama nanti. Ah sudah, ini cerita lama tentang
pengalamanku sebenarnya. Tetapi semua tu hanya sekadar omong kosong. Baru
tersedar kini dan merasakan oh bodohnya. Oh sangat membuang masa.
Sekali
lagi aku nyatakan, untuk hadir dalam majlis perkahwinan bekas kekasih tu
sebenarnya bergantung bagaimana kita berpisah dengan beliau. Dengan cara
bahagia kah, atau cara yang paling tak bahagia. Atau cara yang redha, atau cara
yang takkan diredha sampai ke mati. Boleh eh tak redha? Ishk.
Pucuk
pangkal cara perpisahan kita itu, menentukan corak masa yang kedepan bagaimana
untuk kita berhadapan dengan bekas kekasih. Untuk meneruskan kehidupan sebagai
sahabat atau sebagai musuh. Kalau anda rasa sebagai sahabat dan mampu untuk
mengawal emosi. Anda akan hadir bukan? Sebaliknya sebagai musuh, tidak perlu
dinyatakan. Tepuk dada, tanya selera.
Satu
tambahan nota di sini, aku walaupun berpisah dengan ex cinta sebagai sahabat.
Aku tetap tidak akan hadir. Buat masa sekarang ni lah apa yang aku rasa. Tapi
tak tahulah kalau dah betul masanya nanti aku dijemput dan aku datang. Datang
nak sekeh-sekeh kepala bini dia. Haha. Kidding!
:P
Sibuk
berbicara soal hadir ke tak hadir, persoalannya. Dijemputkah kita ni sebagai
bekas kekasih ni? Hua hua hua.
Tapi
kalau kita datang kenduri tu kan, kita bawak kekasih baru kita. Adakah wajar?
Atau pun ia dilihat seumpama kita ini mahu menunjuk-nunjuk? kan?
Sekian.
Ikhlas,
Anita.
Comments
bgntung camne cara kt berpisah..camne tgkhlakunya dll..
walaupun bekas tapi hati ttp terusik..so kputusan x pyh la pergi
Oh. Kalo pegi dan bawa kekasih baru, better takyah pegi la kot. Sng kata, tak pyh pegi. Cam kakak kat atas ni komen. Hihi
huhu..
tp tu depends dgn situasi, mcm yg awk cakap..tgk pada mcm mana cara berpisah..kan3 hehe
kan? heee.. kalau pisah baik, oke jer nak dtg..
hmm.. yerrpp. betul lah jugak. apa pun hati tetap berkata.. tp entahla..susah untuk dijangka...
hehe. susah lah nak komen..ishkk. so memang keputusannya tak pergi pun!
:D
EH YE? hahahaha
a bit kejam tu, tp xper..memahami situasi tu camne..hehe
haaa..
kalau tang redha ni susah sikit nak cakap..tu yg jadi redah jer tu..huk
wahh, hadir eh? heee. susah nak dijangka sekali lagi jawapan saya.. sbb mood kadang2 berubah2.. :D