Adik Tersayang | Sunat
Assalamualaikum.
Tapi rasanya bab manja tu susah sikit nak ubah, sebab dah mula termanja dek kakak-kakak dia yang ramai sangat niii. Apa je yang dimintak, asyi di bagi saja. Kang tak dibagi mengamuk tak tentu hala. Hadoi.
Sekian.
Ikhlas,
Anita
Cuti sekolah yang lepas, adik bongsu ku yang tersayang selamat bersunat sudah. Si Azizul Hakim! Sudah darjah 4 dah dia. Rasanya dulu macam kecik je macam baby.
si adik ketika ini darjah 1
Budak yang sangat bijak dan baik sorang ni. Mungkin kerana dek nama Hakim tu, dia sangat bijak menjadi hakim kecik dalam family. Fuh. Sangat sabar melayan kerenah si adik yang bongsu ni.
Jugak budak yang sangat hyperactiv masa kecik-kecik! Tak pernah nak duduk diam! Jugak pernah terjadi masa kat atas moto boleh pulak budak kecik ni meloncat turun ke bawah!! Dengan moto tengah bergeraknya. MasyaAllah, habis kepala berdarah-darah siap kena jahit. Hmmm. Sabar jelah! Nasib baik sihat walafiat tak jadi pape. Nak ikutkan banyak lagi kisah ngeri yang adik ku ni buat, tapi kalau cerita kat sini memang tak terhabis.
Untuk pengetahuan kalian, daku ada 10 adik beradik. 8 perempuan dan 2 lelaki. Kebetulan pulak yang lelaki tu, tang abang yang sulung sebagai pembuka bicara & yang bongsu sebagai penutup. Amacam? Terel kan mak ayah daku?
So disebabkan sudah hampir berpuluh tahun family aku tak pernah buat kenduri doa selamat untuk majlis sunat, makanya bapak aku potong sekor lembu dalam majlis ni. Fuhyo. Dah serupa majlis macam aku nak kahwin dah. Nak ikutkan hati aku, aku nak je tumpang majlis bertunang masa majlis adik aku ni. Tapi tak berkesampaian atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Oke abaikan.
Kesian masa tengok si adik Hakim sakit masa ni. Tapi apa nak kesian kan? Dah jantan! Maka kena kuat. Dah tak boleh nak manja-manja sangat dah!
Tapi rasanya bab manja tu susah sikit nak ubah, sebab dah mula termanja dek kakak-kakak dia yang ramai sangat niii. Apa je yang dimintak, asyi di bagi saja. Kang tak dibagi mengamuk tak tentu hala. Hadoi.
Buat beliau si adik tersayang AZIZUL HAKIM BIN KEFELE, semoga menjadi anak dan adik mengenang budi pada ahli kelurga hendaknya. Semoga menjadi insan yang berjaya dalam dunia dan akhirat InsyaAllah.
Sekian.
Ikhlas,
Anita
Comments
wahhh ramainya adik beradik, kena pulak tu kan lelaki bahagian pembuka dan penutup nya,. hehehe
sorg je adik laki, mesti lah dimanjakan dgn kakak2nya nih, hehe :D