Apa kes?

Assalamualaikum.

Hmmm *mengeluh dulu*

Kalau ada sesiapa yang ingat, before this aku ada cerita pasal tempat penginapan aku holiday kat Singapore tu. Kalau tak ingat aku tak boleh nak pulihkan ingatan korang entry yang mana. Sebab aku dah remove atas menjaga hati pihak berkenaan.

Nak dijadikan cerita, kalau ada yang follow belog aku ni dari zaman dedulu sampai sekarang. Mesti akan tau aku pernah dulu kena tindakan gara-gara dunia belog ni. Outspoken maybe?

Then now, tak ada lah sampai kes kena saman ke apa ke. Just aku mengeluarkan opinion  aku je sepanjang aku duduk homestay tu. Tak ada lah 100% buruk. Ada lah jugak aku puji kan. Aku suka je rumah penginapan tu.  Then dia kata aku ni menjejaskan periuk nasi dia. Plus takkan maafkan orang macam aku. T_T Sumpah lah hai takkan lah sanggup aku nak buat orang sampai macam tu.

Dia kata aku tak bersyukur sebab duduk homestay tu. Aku tau nilai duit tu. Memang susah nak cari. Mana mungkin lah aku tak bersyukur.

Kalau ada kekurangan pada pihak homestay beliau, perbetulkanlah. Itu je... Bagi aku perlu positif, memanglah kenyataan tu pahit. Tapi kalau tak boleh ditegur macam mana pulak?

Dan sekali lagi, aku mintak maaf sangat-sangat kalau atas post aku sebelum ni membuatkan hidup tuan badan rumah tu tak keruan. Memang tak sengaja nak buat macam tu. Aku ni budak muda yang tak ada harta. Beliau tu yang kaya akan makin kaya raya dengan bisnes beliau ni. Semoga bisnes akan terus maju ke akhir hayat.

Tapi...

Memang tak boleh ke nak review homestay? Benda tak oke pun nak cakap ok? Macam tengok wayang tu, tak oke terus cakap tak oke. Tak ada plak yang tegur kan? Hmmm. No komen lah.


Ikhlas,
Anita.


Comments

Aunty Rom said…
Cik Anita,

Terima Kasih sebab dah remove cerita Cik fasal homestay saya. Tapi komen2 Cik masih tidak berasas fakta. Apa? yr opinion? teguran tuk saya perbaiki apa? Nak baiki macam mana? halau hantu puaka? Cik Anita, saya pakar psychology. Awak lah manusia merupai hantu... Padan lah kawan awak nampak awak di dapur sedangkan awak kata berada di bilik atas. jika awak orang Islam, sembahyang 5X sehari, hanya sembah Allah, tidak lah awak percaya pasal hantu dan benda2 karut. faham?
sila bagi tahu bila awak duduk di hstay saya atas nama siapa. Saya ban (larang) awak datang lagi.


Teratak pena said…
banyakkan bersabar ye dik.... tak pe dik.... kita bercuti dalam Malaysia. lagi best!

p/s: Puan Hajjah Ramlah: lebih baik bersuara di depan dari bercakap di belakang. mulut orang lebih bahaya. kalau orang menyampaikan benda buruk hanya dengan mulut adalah lebih cepat. kita tak tahu orang bercerita di belakang. dan yang pasti kita tak tahu apa orang akan bercerita.
puanstoberi said…
Hurm...
Tak tau nak cakap sbb tak penah duk homestay, baik kat M'sia mahupun luar M'sia. Lebih selesa duk kat hotel.
aduhai..hmm, sbr ea nita.. pndpt boleh diberi tp biar mebina..ada tak kena kt bgth..

sbr ea syg.
Puteri said…
rasa bukan cik anita je blogger yang dia tegur.. mungkin blogger lain pon ada kena jugak.. ye lah.. nak ke sangat orang cerita pasal homestay dia je..

lil sis
Cik Anita said…
@Hajjah Ramlah

Dear Hajjah Ramlah,

Sama-sama. Tak mengapalah, siapa pun Puan, apa pun gelaran puan. Pakar psikologi ke, dan segala pakar apa pun. Kalau Puan rasa puan di jalan yang benar. Teruskan... Sesungguhnya yang baik-baik itu semuanya datang dari pihak puan, dan yang salah dan silap itu segalanya datang dari pihak saya. Terima kasih dan semoga maju jaya dalam perniagaan puan.

=)
Cik Anita said…
@Bayu Kenangan

Entahlah kak, kalau boleh dibawak berbincang oke jer. Saya terima je teguran. Saya rasa saya dah remove dah post tu. Malas lah nak panjang2 cerita nih.. Biarlah nak kata apa pun. Nanti banyak sangat cakap gelamor macam retis. hee

:)
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

HEHE.

Malaysia ouh tanah air ku!

=)
Cik Anita said…
@nuyui a.k.a miss YUI

Betul lah tue, manakan pokok bergoyang kalau tak ada angin. Ke kalau tak ada angin, monyet yang goncangkan? Tupai pun banyak..hihi
Cik Anita said…
@Puteri

Tak sure lah pulak pasal benda ni, kot ada blogger lain ker. Entah. Tak terpikir lak nak seaRch review pasal homestay. Sat lagi free i tengoklah.. kot saya sorang je yg 'keji' buat post camtu.. kui3
Unknown said…

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Cik Anita songeh giveaway...