Merendah diri itu perlu pada tempatnya.

Assalamualaikum.

Ada yang tegur aku, kenapa tak update belog? Tak ada cerita baru pun? Eh ada yang setia nak baca rupanya. Terharu aku nih sambil lap-lap air mata dan hingus. Tak ada idea yang super duper nak cerita buat korang baca happy nak baca. Tapi ada benda yang kliser aku nak cerita.


Situasi 1: “ Yelah.. siapalah aku ni. Belajar pun tak pandai.”

Situasi 2: ”Aku sedar orang macam aku ni, tak layak pun nak berkawan dengan ko...”

Situasi 3: “Kau ada masa depan yang cerah, tak sepadan pun dengan aku kan?”


Terlebih dahulu aku rasa, aku nak minta maaf sangat-sangat pada apa yang akan aku cakap kan kat atas nih. Mungkin akan ada yang terasa dan mungkin tidak sama sekali.

Tapi, bagi aku merendah diri yang di tahap dewa terendah itu sangat tidak wajar. Tapi tak juga kita wajar untuk meninggi diri? Paham tak? Tengok pada situasi yang bagaimana lah.

Siapa pun kita, setahap tinggi mana or rendah mana pun pelajaran kita, kita tetap manusia dan makhluk ciptaan Allah.

Sejujurnya, kalau setakat dua or tiga kali bercakap seperti di atas aku akan rasa. Alahai, nothing pun. Its oke. Semua tu kan takdir dan rezeki masing-masing. Tapi kalau dah setiap kali bersembang pun nak cakap benda yang sama. Aku mula rasa cam, alamak dia ni sangat menjengkelkan.

1st impression mungkin oke. Tapi lepas tu akan jadi rasa tak boleh belah lah dia ni. Tahap keyakinan diri yang sangat kurang. Then thats why sampai sekarang aku rasa, aku semakin menjauhkan diri dengan orang-orang yang sebenarnya rapat dengan aku jugak lah.

Ini bukan soal sombong, tapi soal konkrit keyakinan diri. Korang pernah tak rasa macam ni? Ke rasa, alamak Nita ni memang tak boleh pakai sebab berfikir camni. sobs.

Ikhlas,
Anita.


Comments

puanstoberi said…
Yelah....akak ni anak pun takde lagi... tak layak kawan ngan Nita..

Eh...relevan tak??? Ngeeee :B
Teratak pena said…
Kak Siti pernah merendah diri... yelah... sapa yang nakkan Kak Siti ni... last-last Kak siti yang kawin dulu.... hehehe
Myra Arshad said…
setuju sangat kak. kadang2 tak ble blah org mcm ni. bersyukur je lah dgn apa yg ada :)
dhiera zainudin said…
ni apa yg anita rase ke?
jangan rasa macam tu. setiap orang ada kekurangan dan kelebihan~

saya ada seorang kawan macam ni. lama2 jadi kurang suka kawan dengan dia sebab bila berterusan kite cakap jangan rasa macam tu tapi dia tetap nak rasa macam tu~
merendah diri tu perlu..tapi bertempat lah adik nita ....nanti org pijak lak kepala kita...

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA