Kisah di Hujung Minggu...


Assalamualaikum.


“Luqman Al-Hakim berpesan,
apabila engkau ingin mencari teman hidup, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau ambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhati-hatilah kamu terhadapnya...”



Oke. Tu mukadimah je dulu. Tapi memang hampeh tak ada kena mengena pun. Cuma nak cakap, semalam cuti aku balik kampung. Best lah balik kampung lagi2 kalau dah berkumpul adik beradiks. Cumanya jadi kurang masa nak rehat-rehat. Bila masuk kerja cam hari ni, ouh lemauuu. Majlis bertandang rumah abang ipar Ahad semalam. Aku tak ada snap pic banyak pun. Sebab kakak aku kureng sihat, makanya aku pun tak best lah nak suruh dia posing-posing bagai.


Bila dah balik kampung tu, dengan sengaja tak sengaja aku tanya dengan mak aku pasal mamat INI. Then respons beliau sangat negatif. Yaaaaa. Negatif segalanya. Emak pun berkata “ Tak boleh, tak boleh, tak boleh..!” 3x mak aku ulang tak boleh tuuu.. Huish dasyat kau. Bukan emak sahaja sebenarnya, respons akak-akak ku pun begitu. Ada juga kakak ku yang cakap “ Tolong lah Anita, tolonglah cari yang lainn...” T_T serta ada lagi komen-komen membina yang lain. Malas lah nak cerita penuh.

(SEBAB BIDANG KERJA BELIAU & SEBAB BELIAU DARI NEGERI ITU) :(


Ya. Ya. Ya.


Aku tau semua orang sayang dekat aku. Sebab tu mahukan aku cari pasangan yang terbaik. Terima kasih kalian. Tapi, soal hati dan perasaan aku ni. Ya rabbi sukar nak diduga. Camne eh nak cakap, orang yang kita suka, orang lain tak suka, or diri orang tu yang tak suka kita. Tapi orang yang kita tak suka, dia suka kita, orang lain pun nak suka jugak. Alahai..


Dan on the way pulang keseorangan itu petang semalam, aku kecewa sebenarnya. Entah kenapa aku sekali lagi rasa patah hati dengan perasaan aku. Jum sekeh aku beramai-ramai sebab mengada-ngada dengan perasaan ini. :P


Dan. Aku rindukan ex-cinta aku sekali lagi. Oh tuhan. Hilang dah perasaan berbunga-bunga aku pada mamat ini. Sebenarnya aku macam dah happy-happy dah, tapi... (sambunglah sendiri)



***

Comments

alahai..tersepitla kiranya ea..

antara keluarga dn plhn sndiri..
Teratak pena said…
sabarlah dik.... mungkin ada hikmah disebaliknya. mungkin jodoh tu datang bila-bila masa sahaja dan ada kala tidak kita duga
Unknown said…
berat dugaan nih..

x patut lah dijadikan alasan negeri kelahiran.. sedih for you..
& adakah kerja mamat tu tak halal??

ni semua isu penerimaan & mentality...
Cik Anita said…
@nuyui a.k.a miss YUI

sedihlah yui..
meh Nita nak pinjam bahuuu :(
Cik Anita said…
@Bayu Kenangan

InsyaAllah Kak Siti.. harapnya camtulah! mungkin ditakdirkan Nita akan kahwen dalam usia yang lewat kott.. :)
Cik Anita said…
@kakyong

mmg sedih. tapi keluarga yang lebih utama. Kerja halal kak..cuma trend pekerjaan tu yang orang sedia maklum macam x ok sangatttt~ sosial lebih.. so takut kena kat Nita jugak lah.. cmtu lah kiranya.. :(
tak pa lah nita.....cari yg lain...mungkin yg terbaik lain kali...biar semua family restu...itu penting..kita kawin hingga ke hujung nyawa ok...
puanstoberi said…
Cop..tetiba akak tetinggal berita ni.. ada mamat baru eh??
Apa2 pun..satu je, tak perlu kut igt ke ex - cinta tu. Yg tu mmg dah lama berlalu.
SO, fokus kat yg baru ni. tp kalo family tak sker, better cuba jauh kan gak la. Tp kalo tak bleh, mungkin itu JODOH. Hihi. Chill Nita..Chill.. (^_^)
Cik Anita said…
@anitadiana

thanks kak atas nasihat. :)

tapi nak telan hakikat tu, peritnya.
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

sedang untuk chill! :)
rasa cam nak sorok dari family kawan dengan dia ni.. hihi. tapi entahlah.. serabut dah kepala ni.. hurm.

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA