PART 2: Usaha di tangan kita. Restu dan doa ibu ayah menjadi tunggak kejayaan.


**aku rasa ini entry terpanjang dalam belog aku ni.**

Salam.

Aku baca-baca dan bukak majalah remaja yang aku dapat free dari tv9. Aku memang haram jadah takkan dah beli majalah remaja, sebab aku sekarang melanggan majalah wanita sahaja. Tapi tadi ni aku jumpa idea dalam tu. Tajuk entry aku ni, aku cedok dari satu artikel kat remaja March 2011. Tapi isi dalam ni taklah, aku taip sendiri waktu memagrib macam ni. Kalau mak aku nengok anak dara dia memagrib macam ni duk tgk tv or mengadap laptop. Memang aku dah kene bambu.

Alkisahnya aku nak sambung part aku nih. Restu dan doa dari ibu ayah itu sangat mujarab!

Aku teringat kisah masa tahun 2006 macam tu. Selepas habis SPM je aku terus datang ikut akak aku kerja kat Anw PJ Drive in carik pengalaman sementara tunggu mana-mana tawaran belajar.

Nak dipendekkan cerita, aku seorang yang sangat minat dan teruja dalam bidang masak-memasak dan apa jua yang melibatkan ruang dapur masak. Maka aku banyak memohon ruang-ruang untuk menjadi cheff lah konon dan oleh sebab itu aku memohon dalam bidang kemahiran.

Tapi aku sangat-sangat tidak disokong oleh emak aku. Aku dipaksa dan dipaksa untuk mendaftarkan diri memasuki tingkatan enam. Sungguh! Aku betul-betul TAK NAK. Aku masih ingat lagi aku menangis-nangis menyatakan ketidak yakinan aku untuk belajar di tingkatan enam pada ketika itu. Aku juga mengugut emak aku “ kalau Ety tak dapat masuk U macam mana? Kalau Ety tak dapat masuk U jangan marah Ety”. Sambil aku menangis-nangis.

Sebenarnya pada ketika itu aku mendapat tawaran belajar di IKBN sebagai apa tah tak ingat. Tapi berkaitan dengan masak-memasak. Aku sangat teruja! Tapi tiada yang menyokong aku.

Sejujurnya aku sangat bimbang! Kakak-kakakku yang mengambil tingkatan enam, mereka berjaya masuk U dengan mudah aku rasa. Tetapi, kalau aku tak berjaya macam mana? Mesti aku malu dengan orang kampung, makcik-makcik aku, apatah adik beradik aku. Huh! Kakak-kakakku ku akui, mereka memang bijak berbanding dengan aku nih.

Walaupun aku dah menangis berhari-hari. Mak aku tetap berkeras dan membelikan aku baju tingkatan enam. Dengan gigihnya mak aku menjahitkan aku baju putih dua pasang, tudung putih dua pasang dan dua pasang kain hitam tanpa bertanya kepada aku terlebih dahulu.

Aku mencuba baju baru aku dengan rasa tidak bernafsu dan tidak berjiwa. Dan kerana kedegilan aku, aku tidak mahu masuk awal ke tingkatan enam. Aku tidak mahu mengikuti sesi orientasi tingkatan enam! Ya. Aku masuk lewat dan hanya terus memasuki kelas pada minggu berikutnya.

Perkara biasa ke sekolah, jumpa kawan-kawan baru dan lama. Aku jugak kekadang dikategorikan seorang gadis yang sombong. Entah mana yang sombongnya pun aku tak tahu. Kalau dah langsung tak kenal, takkan nak terhegeh-hegeh tegur semua orang?

Oke.

Sebagai seorang budak sekolah dalam keadaan yang terpaksa. Memang bosan! Tapi lama-kelamaan aku sudah berubah hati. Aku mula punya teman-teman rapat. Tapi, aku punya satu tabiat buruk. Kehadiran aku ke kelas tidak pernah penuh! Dalam seminggu aku mesti akan tidak hadir sehari. Sehinggalah naik ke tingkatan enam atas, perangai aku masih sama. Dan entah kenapa, aku dilantik menjadi penolong kelas. Aku perlu menanda kehadiran budak-budak kelas setiap hari. Tapi aku tetap tidak datang seminggu sekali. (gelak besar) :P (walaupun aku tak datang, tetapi ada sahabatku yang membantu)


aku yang di sebelah kiri guru kelas (cikgu Muradzo). cikgu selalu bagi aku Rm5 tiap hari Jumaat. besh.rindu akan kenangan ini. (sedih)


Kerana tingkatan enam ini juga, aku belajar membawa kereta dan aku peroleh lesen kereta ketika aku di usia 19 tahun. Kerana di tingkatan enam ini, aku perlu hadir ke kelas malam. Aku tidak berani untuk membawa motosikal di malam hari. Kerna aku membayangkan akan makhluk lain menumpang free. Oleh itu aku tekad membawa kereta ayahku.

Masih juga aku teringat, pada malam pertama kelas itu. Aku membawa kereta ke sekolah, tetapi di dalam diam ayahku mengikut aku secara perlahan-lahan dengan motosikalnya sehinggalah yakin aku selamat sampai di pagar sekolah. Oh lucu!

Tidak yakin rupanya ayahku dengan aku, kerana sebenarnya itu pertama kali aku membawa kereta di malam hari. Ayah aku sangat bimbang, tetapi tidak pula menyatakannya. Hurm, rindu pada ayahku sekarang ini. Aku rasa doa dari beliau juga, aku selamat pergi dan pulang ke kelas malam dalam tempoh beberapa bulan.

Dipendekkan cerita.

Aku memperoleh keputusan yang agak baik di dalam peperiksaan STPM. Bukan untuk membangga diri, tetapi keputusan yang aku peroleh lebih cemerlang dari kakak-kakakku. Aku sendiri terkejut, tetapi aku sangat bersyukur. Aku tau, itu memang doa dari seorang ibu.

Akhirnya aku memperoleh tawaran menyambung pelajaran di bumi hijau Serdang ini. Jujur juga kuakui. Aku seorang insan yang sangat kurang doa dan mudah lalai. Kejayaan aku memasuki bumi hijau ni sebenarnya, atas berkat doa ibuku. Ibuku sentiasa akan mendoakan kejayaan seorang anaknya. Aku sungguh yakin akan itu.

Masa aku memperoleh tawaran itu, sempat lagi emakku memperli aku "dulu nangis-nangis tak nak. tengok sekarang boleh je". Malunya aku ketika ditegur begituuu.. :P

Juga seorang sahabatku memperli aku "Ko ni dahla selalu tak datang kelas, tapi boleh pulak lepas masuk U...". Aku hanya tersenyum kerana ini juga adalah hasil dari doa seorang ibu yang makbul.

dan ada juga sahabatku;

"Ko ni selalu makan kepala ikan, tetapi lepas pulak ko menghafal dalam exam. Masuk U pulak tu. Menyampah!" Aku sekali lagi tersenyum, kerana aku tau itu hanya gurauan. Ini juga atas doa seorang ibu bisik hati aku ketika itu.

Juga untuk pengetahuan, dalam enam orang kami bersahabat, hanya aku seorang yang memperoleh tawaran U. Aku sedar mereka sedih yang teramat. Hurm.. Rezeki aku disitu. Tetapi rezeki mereka, kini rata-rata sudah memperoleh kerja kerajaan dan berpendapatan tetap. Tuhan itu memang maha Adil.


Dan KINI...

Hanya berbaki 6 hari lagi aku akan tinggal di bumi Serdang ini. Sungguh! Aku rasa sayu yang teramat. Cepatnya masa berlalu. Berpisah dengan sahabat-sahabat tercinta yang banyak mematangkan jiwa dan pemikiran. Hidup bertahun dengan ramai sahabat bukan sesuatu yang mudah.

Akan ku ceritakan perihal sahabat tercinta di bumi hijau Serdang ini di PART 3 sebagai salah satu kenangan juga. InsyaAllah.

Kepada kedua orang tuaku, aku amat menyayangi dan mencintai kalian. Sesungguhnya tanpa doa dan sokongan dari bonda dan ayahanda, tidak mungkin aku akan berada di bumi hijau ini sehingga di tahap ini. Juga buat adik-beradikku, Abang Ayob, Kak Rina, Kak Linda, Kak Shima, Kak Jua, Zeni, Najah, Husna dan adik Hakim. Nama kalian juga sering menitip di bibirku dalam doa-doaku, semoga kehidupan dan kemesraan kita adik beradik berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

picca ni tak lengkap ahli keluargaku.


(entah kenapa hampir menitik air mataku sekarang ini. Sayunya Ya Allah!)

Comments

YouSOF said…
Serius. Tumpang bembira kat Anita..


Kadang² seorang ibu tu lebih tahu dan paham apa yang tebaik untuk anaknya.. ;)




Yang terbaik ok!






Ada jugak sorang kawan yang rajin pinteng sekolah, tapi sekarang nak abes da pun degree dia.. Tapi dia belum ade lesen kereta dan tak pernah drive malam² lagi la hehee
Cik Anita said…
@YOUsoF

terima kasih yOUSOF. :)

DOA ibu tu kan sepanjang hayat, jadi kita pun kena doakan ibu kita jugakk..

InsyaAllah. Semua orang mengharapkan yang terbaik dalam hidup. Walaupun orang itu penjenayah.haha

haha.
nak perli jugak ke apa ni? tulah. rezeki kan masing-masingggg :)
Teratak pena said…
doa seorang ibu memang mujarab... dan kata-kata seorang ibu itu walau pun sepotong ayat adalah doa...
Cik Anita said…
@Bayu Kenangan

Kak Siti...
betul. tapi sebagai anak macam saya ni selalu degil tak dengar cakap :(
puanstoberi said…
akak pun sayu bc kesah ni.
tp...pilihan ibu tu salunya tepat, Insyaallah.....

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA