Lembu oh Lembu


Ini cerita beberapa hari yang lepas.

Alhamdulillah aku selamat sampai di upm pada hari Sabtu yang lepas, dan keesokan harinya aku pulang dengan membawak barang-barang yang sangat banyak selepas exam. Tetapi dalam perjalanan pulang berlaku sesuatu yang aku tak ingini dan tidak terjangka berlaku.

Aku dah kata dah hidup aku ni kalau membawak kereta selalu malang. Sebab tu aku malas bawak kereta orang, kalau apa-apa yang jadik macam mana nak ganti? Tapi kalau berangan nak beli kereta sendiri, belom mampu pulak. hurm.

Alkisahnya petang itu aku membawak kereta dengan kelajuan yang sekata, hanya semaksima 100 dan tidak lebih dari itu. Dari awal traffic light sudah hijau, aku tersenyum sambil melayan lagu-lagu Siti Nurhaliza kegemaran mak aku. Kerna kalau permulaan perjalanan bermula dengan lampu hijau, maka akan hijau sepanjang jalan. Yes. Memang tepat jangkaan aku.

Akhirnya aku sampai dalam jam 6 petang di kawasan kampungku. Aku sudah mengucapkan alhamdulillah ketika itu kerna yakin akan selamat sampai di rumah tanpa apa-apa yang akan terjadi.

Tiba-tiba (suspen)

Gedddddaaanggggg~!!!

Aku membrek kereta dengan sepenuh hati! Ya Allah. Aku melanggar anak lembu yang melintas jalan dengan sesuka hati. Sumpah aku langsung tak sedar anak lembu tu nak melintas. Tiba-tiba je anak lembu keluar dari semak. Aku terpaku. Senyap. Aku sudah terbayang anak lembu tu terkaku di bawah kereta.

Kemudian aku pandang anak lembu tu berlari-larian mengejar emaknya. Ouh lega! Aku teruskan perjalanan tanpa berfikir langsung mahu keluar dari kereta. 2 minit perjalanan baru aku teringat, ouh bagaimana agaknya kereta mak aku. Aku berhenti dan aku jenguk kereta. Aku senyap.

Aku masuk dalam kereta dan aku menangissssss. sobs. Sebab habis kereta mak aku calar-balar, siap ada kesan darah lembu. Aku sangat takut dan khuatir akan dimarah oleh kakak-kakakku sebab merosakkan kereta baru emakku.

Aku meneruskan perjalanan lagi, sampai sahaja di rumah aku masih menangis. Ouh liat sungguh air mataku nak berhenti. Aku turun dari kereta dan melihat emakku tersenyum, senyum kerna aku selamat sampai barangkali dalam hatinya. Tetapi apabila melihat aku menangis. Mak aku bertanya-tanya berbanyak kali. Tersedu-sedu aku menjawab...

"tadi terlanggar anak lembu kat depan sana tu... lembu tu tiba-tiba lari keluar jalan.."

Kebetulan ayahku ada, kemudian ayah pun cakap "kau selamat tak apa-apa ye Alhamdulillahh." Lega. Aku pulak yang tersenyum. :)

Petang itu ayah membasuhkan kereta, untuk menghilangkan kesan darah lembu barangkali. Manakala aku keletihan dan tertidur hingga ke maghrib.

Selepas maghrib itu, ayah berkata padaku " Petang tadi bapak dah tengok anak lembu tu, warna putih ke? Selamat hidup lagi..." Aku lega sekali lagi. Kalau lah lembu tu mati, apa yang aku nak jawab pada tuan lembu tu yang merupakan kawan ayah aku juga.

Sungguh drama aku rasakan kerna terlanggar anak lembu tu. Hurm. Walaupun hakikatnya kita merasakan yakin dalam sesuatu perkara, tetapi keyakinan tu tak semestinya menjanjikan kesejahteraan pada kita.

Mungkin juga disebalik pengajarannya, keselamatan diri kita tak tentu terjamin selagi kita belum betul-betul berada di dalam rumah. Apatah lagi depan pagar rumah, itu pun tak selamat jugak. Dalam rumah pun tak selamat jugak 100%. Jadi mana yang selamat? tak ada yang selamat lah. (merepek ayat aku)

*** sebenarnya aku nak cakap dalam hati, ko mampos anak lembu pun tak apa. Haram jadah betul anak lembu! tapi aku sabarkan hati dan jaga mulut ni jangan cakap yang tidak-tidak..hoh. Sebab sebenarnya ayah aku juga adalah gembala lembu yang membela hampir beratus lembu. Jadi mulut aku tak boleh celupar maki-maki lembu. Hasil kehidupan aku membesar ini jugak adalah kerana bapak aku punya lembu-lembu.

Kesimpulannya : lembu oh lembu!

Comments

alhmdulillah kamu selamat..

itu yg pntg..

p/s: due2 selamat.. =p
Cik Anita said…
terima kasih.. :)

walaupun selamat, stil rasa fobia.hish.
nanad said…
nasib baik anak lembu tu selamat, kalau tak nanti jadi macam cite i know what you did last raya. ahah
puanstoberi said…
nak tulis cam kat FB gak
"btoi ke anak lembu yg Nita langgar. tentah.... jeng jeng jeng"
Teheheh.
Apa pun slamat gak smpai kan? Wah..pas ni carik keja dah la yer :D
Teratak pena said…
nasib baik tak ada apa....
Cik Anita said…
@nanad

uihhh..
tamo lah begituuu..hehe
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

haha.
yelah kak!
serius memang anak lembu..
kalau lembu kaki pendek abes dah aruah nita :P

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA