Interbiu yang pertama

Salam.

Petang tadi buat pertama kalinya aku pergi interview kat Puncak Alam. Berbaju kurung ala-ala kuning yang langsung tak sesuai aku pakai. Tapi aku bantai je.

Bukanlah interview yang sangat formal aku rasa. Dalam bilik interview tu boleh sembang gelak-gelak hampir satu jam lebih. Siap kakak aku teman masuk sekali. Kerja ni terus terang aku cakap, kerja yang sangat biasa-biasa aja. Tak guna pun kelulusan degree, hanya kelulusan sekolah aku zaman hingus-hingusan.

Masa mula-mula tu terasa yakin sebab atas rekemen sahbat baik aku yang kerja kat situ, tapi bila dah lepas interview aku terus hilang yakin untuk dapat kerja tu. Hurm, sebabnya aku salah buat resume then salah memperkenalkan diri. Resume aku tu, aku tulis kelulusan aku yang terover. Then pihak syarikat tu rasa macam tak berani nak ambik kelulusan macam aku ni.

Nyesal gila aku rasa. Sebab aku mengharap nak kerja dekat situ. Untuk carik pengalaman. Tapi salah aku sebab aku bagitau tahap pelajaran aku. Sengal betul aku ni.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.


***Apapun tengs pada my Sistah Rina yang tolong hantar aku pegi Interview tadi, dan sayangku Jilah yang rekemen pada bos kau untuk aku kerja di situ.

Maka aku pegang pada konsep redha dan redah je sama ada dapat atau tak dapat. :)

Comments

Cik Anita said…
hurmm
tengs Kak Reen. :)
HEROICzero said…
anggap saja ini pengalaman, lebih kepada mock interview, untuk interview2 akan dtg.

gud luck in d future. =)
Nurul Yaqeen said…
ade rezeki nnt dapt ka keja situ..

gudluck dear!
Teratak pena said…
semoga berjaya dpt kerja tu... selamat melangkah ke alam pekerjaan
Myra Arshad said…
insyaallah. ada rezeki tak pegi mana. hehe. all the best :)
Cik Anita said…
@Bayu Kenangan

terima kasih kak siti. sangat mendebarkan nih nak menuju alam kerja.
Cik Anita said…
@Myra Arshad (:

InsyaAllah.
tengs Myra! :)

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA