Selamat Hari Cikgu

Salam hari cuti Wesak.

Semalam rata-rata semua orang dah wish dah selamat hari guru. Aku je yang tak sempat, sibuk semalam. Jadi aku je yang agak ketinggalan zaman baru nak ucap, dah nak basi dah ucapan aku nih. Sebab aku baru nak ucapkan SELAMAT HARI CIKGU buat semua orang yang bergelar cikgu di Malaysia juga rakan-rakan blogger.

Tapi aku nak fokus kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. Tapi entah kenapa, ramai rupanya nama-nama cikgu yang aku dah lupa!duh.. Maaf lah kepada cikgu-cikgu yang tak disebutkan nama.

Tadika Kemas Teluk Buloh (1994) : Cikgu Ramlah

Sk Teluk Buloh (1995) : Cikgu Anuar, Cikgu Zainal, Cikgu Faridah, Cikgu Normah, Cikgu Zaiton, Cikgu Norizah, Cikgu Zaharah, Teacher Lee Bee Yong.

SMK Seri Perkasa (2001) : Cikgu Masduki, Cikgu Tan Yusof, Teacher Fatimah, Cikgu Anuar, Cikgu Zakaria, Cikgu Maskuri.

SMK Raja Muda Musa (2004) : Cikgu Masmerah, Cikgu Sumiaton, Puan Tee, Cikgu Mastura

SMK Ungku Aziz (2006) : Cikgu Murtadzo, Cikgu Shaari, Cikgu Ziela

Sekolah Memandu(2006) : Abang Ijam

Bumi hijau(2008) : Dr Nik, Dr Arbaie, Dr Samsinar, Dr Azlina.

Tak lupa jugak buat kakakku Shima yang seorang guru jugak. Selamat hari guru. Banyak ke dapat hadiah?

Almaklumlah, budak-budak memang suka bagi hadiah kat cikgu. Teringat masa zaman aku sekolah rendah dulu, aku bagi kat cikgu yang aku suka sebijik sabun mandi. Kalau rasa nak best besar sikit, aku bagi sabun basuh yang kotak RM1 tu. haha :D lawak ke sedih entah aku pun tak pasti.

Selamat hari guru kepada semuaaaa. Kerana anda semua juga seorang guru sebenarnya. Guru pada diri sendiri, dan mungkin pada orang sekeliling anda.


*JAGA DIRI, HIASI PERIBADI*


Comments

Teratak pena said…
selamat hari guru kepada sesiapa yang bergelar guru... juga ibu yang menjadi guru dalam hidup kita..

pssst! nama kakak sama cam nama kak Siti...
Anonymous said…
aku igt cikgu darjah 6 & cikgu tingkatan 6 ja

hehe
Cik Anita said…
@Bayu Kenangan

ouh nama kak siti, shima jugakkk?
norashima? ke siti shima?
Cik Anita said…
@Aimi dan Pakcik Hashim

ko mmg banyak makan semut lah kapten...

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA