Kad Raya Special dari Blogger: Puan Stoberi sayang!
Assalamualaikum...
Ini jugak entry tertangguh tentang kad raya. Ah tak sudah-sudah Anita ni. hehe. Sepatutnya semalam aku nak post. Tapi bos asyik dalam opis je tak keluar-keluar. Maka tak kesempatan lah nak update apa-apa. Almaklumlah, nak online kat rumah lappy dah jahanam.
Kad raya yang aku dapat ni dari Kak Reen. Antara blogger feveret lah bagi aku. Baru aku perasan lah, list blogger feveret aku majoritinya para isteri-isteri. Kecuali sorang dua je yang anak dara. Ke sebab aku ni jiwa ibu-ibu eh. Entah.
Berbalik pada cerita asal:
.Ini dia kad raya Dari Kak Reen a.k.a Puan Stoberi.
Kad raya yang pertama aku dapat! Rasa excited gilaaaa. Terima kasih kerana mengingati diriku ini. eceh. Bila jaman dah moden-moden sangat ni, wish selamat apa-apa pun pakai SMS je. Tak ada feeling langsung. Tu sebab entah kenapa, ramai yang wish raya tapi aku tak reply. Sebab macam tak tau nak reply apa. HAHA. Jahat gila aku.
Disebabkan juga belog aku pernah direview dengan Kak Reen ni, maka aku dapat lah sagu hati yang aku pakai di pagi raya. Betul-betul pakai tau! sekarang ni pun aku pakai pergi kerja. Nampak tak broach yang ala-ala emas tu. Itulah yang aku pakai hari-hari. Orang bagi kena hargai kan! Jugak sebab lain aku pakai, aku memang jarang beli kerongsang bagai. Jadi apa yang ada, aku pakai sampai tak boleh pakai. :D
Thanks KAK REEN!
Much Love...
Comments
cntik2..
cantik keronsang tu.. pandai PnStoberi pilih kan..
brooch tu spesel tau, ssh nak dpt kat tpt lain, hanya di kraftangan yer. Sbb tu dia ada nilai2 vintage (vintage ke vantage ha?). yg itam2 tu bkn rosak, tp mmg sebegitu rupanya.
Utk ZANA :
kalo nak brooch camtu, sila dtg kraftangan masa hari kraf atau ada promosi2 lain nati :) Hihi.
saya student upm grad tahun lepas.