Mengidam pergi Zoo Negara

Dah berkurun dan berkarat rasanya tak pergi Zoo negara! Teringin sangat-sangat nih.



Bila daku buat cadangan mahu pergi Zoo Negara dan mengusulkan pada rakan-rakan. Pasti dorang semua gelak guling-guling sampai nak tercekik gelakkan daku. sob sob. Sampai dorang cakap tak ada tempat lain lagi ke yang aku teringin. ishk. Serius weeiiii. Mengidam gila! Last daku pergi dulu masa tadika umur 6 tahun. Sekarang daku dah nak dekat pertengahan 20-an. Ha kira la sendirik berapa lama?

Nak kata daku ni pencinta binatang tu tak lah jugak. Tapi daku kan rakyat Malaysia yang hebat! cewahh.. ;D

Yela, mat minah saleh tu kalau datang Malaysia sibuk nak datang Zoo Negara ni. Tapi kalau orang kita, hampeh dan sengal je ajak pergi Zoo Negara liat ya amat! Tapi kalau ajak g shopping mopping amboi bukan main. Bedessssuuupp! Laju kalahkan harimau kumbang. (contoh pun pakai nama binatang kan, sbb mengidam pergi zoo.hehe)

Agaknya kalau orang yang bujang-bujang ni je kot eksyen tak nak pergi. Tapi kalau yang dah beranak pinak dan berkeluarga ada anak-anak tu, elok je dorang pergi. Yelah ajak anak-anak pergi tengok binatang ok la jugak. Dari bawak budak pergi pasaraya nanti habis duit pulak kan mintak yang memacam.

Hurm?
Maka kesimpulannya, daku bakal ke Zoo Negara bila dah berkeluarga nanti. Mean? time dah berkahwin dan ada anak. Tetttt. Mengidam dan meroyan terus. zzz


Comments

Teratak pena said…
ha..ha...ha.. ingat first date lepas tunang kat Zoo.... tak boleh lupa
mama zara said…
omg..cik anita,
same mcm saye..saya ag dasyut tak pernah pegi zoo negara..tp zoo negeri pernah la...ampun, batak giler..hohoho..
tapi saye ad bcdg jgk nk g sbb da ad bby ni kn..nt bsr2 cket da pndai tgk bntg..nk bwk ah..jum2...cuti2 ZOOO Negara...
Cik Anita said…
kak siti:
ha tengok tu. bila dah nak kahwin baru pergi sana kan. Jadi. memang zoo adalah tempat yang berkeluarga.hehe
Cik Anita said…
mama zara:
Nak pergi ke? jangan lupa ajak aku!!!
THE GREEN said…
salam anita...

lain kali, kalo diorg gelak bila kata nk pi zoo, jgn lupa tambat jer diorg tu hhahahahaha :-D (gelak jahat)

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA