Memang orang perempuan suka bicara pasal diet kan?


Yerp.

Daku seorang perempuan. Semua orang tahu kot, buat apalah sibuk daku nak bertanya lagi kan? Ada gaya macam pondan ke? Oh tidak. Daku sangat cumil begini kalau ada yang cakap daku pondan daku sangat tak nak paham. Tapi daku teringat masam zaman sekolah form 6 dulu, kawan daku Halim cakap muka daku macam Ac Mizal. Kejadah? Aku macam nak terjun bangunan dengar. Tapi aku layankan ajelah. Pelik-pelik jeh kawan aku yang sorang nih. Ni aku tepek muka Ac Mizal, ada macam aku?? Jauh ayam dari ikan. Kan?

(saje aku carik muka Ac Mizal yang ala-ala pompuan.kot lah ada sipi-sipi aku.haha.)

Oke lupakan cerita pasal yang tak ada kene mengena tu. Daku Cuma nak cakap, orang perempuan memang takkan habis cerita pasal kurus. Mungkin sampai kiamattt. Aku kurus kau tegur, aku gemuk pun kau tegur. Kalau badan aku ngam sedap-sedap pun dikau tegur. Zzz. Lumrah alam!

Bila pusing-pusing berjalan ke belog orang lain pun, kompem ada lah pasal tips diet miet ni. Then daku rasa ia perkara wajib dikongsi bersama. Aku tarahal punya, baca je. Tapi amalkan pun tak. Cis. Eh, tapi orang laki pun ada cerita diet nih, cuma tak sehebat orang perempuan merungut lah kan pasal berdiet nih.

Alkisahnya...

Dalam beberapa minggu yang lepas, daku DOWN sondrym sikit pasal gemuk nih. Sebab ketepek terasa melekat kat otak daku pabila kengkawan tegur. Eh kau gemuk lah. Lagi-lagi nampak besar kat bontottt tu. Dush. Oke aku akui meroyann kejap dan hilang mood untuk seharian. Macam daku pernah cerita dulu, sampai orang tegur aku gemuk mengandung ke?haa.Ambik kau...

Besoknya jumpa kawan lain lagi, eh naik sem ko besaq lah. Ko tak jaga makan ke? Oke lagi, lengan ko tu besar, dada pun mantappp. Oke. Lagi? Malas dah nak cakap. haha. :D

Mana lah aku tak sindrom. Ada yang cakap, pedulikan je apa orang lain nak cakap. Tapi susah weiii. Perasaan tu tetiba nak touching lebih. Entah, daku pun tak paham.

Bila dah jadi macam tu, makanya daku pun tak makan lah nasik kan. Lapar nasik pun daku buat-buat malas nak teringin. Walaupun perasaan bergolak tsunami craving kat nasik. Aku pun tak pasti camne hasilnya, adakah aku semakin kurus atau tidak. Cuba tengok gambar aku nih, gemuk sangatkah aku? Mantap sangat kah aku?hehe.



Satu lagi yang daku tak paham, orang pompuan memang suka ambik gambar depan cermin kan. Pastu tergedik-gedik nak senget badan camtu. haha. Daku lah tu. Supaya dapat cover badan agar tidak seperti nangka yang disarung. keh keh keh :)

*hanya jadi diri anda.wink*

Comments

Teratak pena said…
cantik gambar yang atas tu... hehehe... biasalah perempuan dan diet ibarat lagu dan irama memang tidak boleh pisahkan...
Cik Anita said…
alahhh kak Siti nii. Ingatkan cantik yang gambar kat bawah tu. baru nak terperasan! haha :P
Unknown said…
siapakah pompuan yg amik gambar sendiri depan cermin tu?

kalau lom kawin ni elok diet sikit.. nanti kalau tembam, org laki tgk 2-3x nak ngorat. cuba dapatkan berat badan unggul..

jgn lupa diet ekk..kerana dirimu begitu berharga.. ;)
ok xmo komen!!

tp kne gak....

xmo komen pasal pix...xD
ghost said…
bukan gemok tapi berisi sikit jer.kan tuh lebih elok dari kering.

macam kat al-ikhsan shop jer kan...
Cik Anita said…
@mata hati
pompuan yg syok sendiri lah kott depan cermin tuu..hihi

yesh. i know~
kerna diriku begitu berharga! dan sdg diet lah ni. agar lebih menawan~ :P
Cik Anita said…
@mamu
eleh. bagus tayah komen. nanti ang kutuk aku jeee..
Cik Anita said…
@biskut kering
tapi kalau kering nak pakai baju apa pun cantik kan?hehe

haah. lebih kurang la cam Al-ikhsan juge.
ghost said…
tak semestinya cantik kalau pemakainya memang tak cantik malah kalau tak pandai gayakannya bagi apapun pasti tak match.

jangan obses sangat dengan kurus.beruntung masih punya kesihatan yg baik dari terpaksa sengsara utk satu bentuk yang tidak kekal.
HEROICzero said…
hai cik AC Mizal. heheheh.

actualy kurus sgt pon x cantik. berisi sikit ok lah. =)

chill!
mie said…
comel ac mizal tu..
sama ke dengan tuan blog ni?
eheheh
Unknown said…
hahaha.. pmpn nk cantik kene la rajin bersenam n bersukan kan.. :)
THE GREEN said…
salam anita..

kurus la sikit, baru ada ummpphh.. :-)
mama zara said…
owh meah ni terasa....
sory..meah ni jgk la yg pernah tegur..sal tut ko comel itu..
meah ni tgur sbb meah ni suke tgk..kalau la meah ni dpt cm g2..huhu...xkuar umah la meah ni..hahhaha...bkn nk hina OK!
hum..meah ni jgk blajar posg kt dpn cermin ngan cik nita ni la..hahahha...jgn x caye...gedik2 ke?hahahahha....
sarah mohamad said…
stail dan fesyen org pempuan sebenarnya amik gambar depan cermin .
cermin dan perempuan tak dopet di pisahkan . kekeke

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA