[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah


Kepada para sahabat yang pinjam-meminjam kat PTPTN. Cik Anita pun rasa macam tak jelas dengan sistem Ujrah ni. Hanya untuk perkongsian ilmu apa yang daku baca kejap tadi ni. Sama-sama bagi pendapat sama ada kita ni akan tertipu atau tak.


Permulaan kena ada gambar duit! sebab daku nih memang mata duitan. Nanti nak bayar ptptn banyak so aku kena carik sugar mugar daddy! keh keh. Ah mengarut, jum baca apa yang wajib kat sini :


salam..


1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.


2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.


3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.


4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.


5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).


6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.


7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.


9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.


10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.


11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.


13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.


14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.


16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.


17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.


18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.


19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.





Apakah ini wajar? dan korang dah tukar Ujrah 3% kepada 1%? Cik Anita dah buat dah minggu lepas! huk ;( harap-harap tak menjadi beban dan bermasalah. Sebab baru tahu tentang nih. Semoga segala urusan kita dipermudahkan!

Amin...

Comments

shida anwar said…
betul ker...baru nak tukar..tp cam malas2 je nak isi borang padahl dah dpt 2 minggu lepas..
Cik Anita said…
tak tahulah kesahihan dia macam mana. Mungkin betul mungkin tak. huhu. bukan tukar online je eh?
Unknown said…
macam tu ke. patutlah adik bersungut bila check baki perlu dibayar macam tak berganjak jer walaupun dah bayar setiap bulan jer.

mujur lah sya tak pernah buat pinjaman dulu dan sekarang...
Cik Anita said…
masa nak sambung belajar memang syok je pinjam duit, tapi masa nak bayar tu, aduhai masak!!hehe. untunglah tak meminjam..jimat di masa hadapan~ :)
THE GREEN said…
salam anita...

saya peminjam PTPTN dr jun 1999 until mac 2002 sebanyak rm15000.00.

dlm dokumen perjanjian masa tu dinyatakan interest sebyk 4% setahun bila buat balik bayaran dgn potongan rm150.00++ setiap bln melalui potongan gaji.

sbb sampai skrg pun keje xstabil, saya blm pun bayar walau sesen! rasanya ramai lg peminjam lain kat luar sana yg mungkin berat hati nk bayar sbb ada masalah mcm saya. maybe sbb mcm ni jugak ramai yg makin liat or xnak bayar...PTPTN memberi beban pd diorg...

baik pinjam dgn MARA..lepas grad, hanya bayar a few percent aja, ikut keadaan pointer kita. ada kadar dan kiraannya..x la rasa beban sgt...saya dah abis bayar yg MARA tu..
ghost said…
nasib baik tak pernah ada hutang ptptn...so memang tak pernah tau gimana prosedur atau sistemnya...
ABSOLUTE said…
good info bg budak yg setahun jagung jagung? haha macam sy. :)
HEROICzero said…
itu sebab orang pggil ptptn neh, ptptipu~ keh3x

*pilihan masih MARA.
Aleen Aiden said…
mesti ramai yg lega bile interestnya d kurangkan kan?hee.
boleh tak saya letak dalam blog saya? nanti saya linkla dgn blog ne...buleh?
Cik Anita said…
@blade edge
ouh begitu alkisahnya. tapi sekrang ni pinjaman MARA tu macam dah tak diwar-warkan sangat, dan dulu masa apply ptptn tu kami tak didedahkan pun. So nak tak nak terpaksa lah buat jugak dengan PTPTN ni. Terbeban tanpa sedar.hm
Cik Anita said…
@biskut
untung lah tak berhutang piutang. Tak payah pening-pening.. boleh lah belanja Nita makan. hehe ;p

@asybedazzle
sama-sama kita berkongsi cerita dan pengetahuan . Anita pun baru tahu jugak ;)
Cik Anita said…
@heroizero
tipu tak tipu dan tertipu laaa.. nak tak nak kena bayar la juga..kui3

@aleen adein
memang lega! tp beban lain pulak yg datang, sigh*
Cik Anita said…
@BABY(MAMA AMANA&ARIEF)
diizinkan, boleh je sama-sama kongsi info ;)
thanks..jap lagi saya buat sebab dah dapat izin hehe
http://kokoadik.blogspot.com/2011/01/ptptn-helah-dalam-sisten-ujrah.html

saya dah buat entry.ini entrynya dan dah link jugak

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Pabila Makan Berbunyi-bunyi?