Kematian itu pasti.

Ajal itu akan datang menjemput kita pada bila-bila masa saja. Ini peringatan untuk aku, juga untuk sahabat-sahabat yang lain.


***


Isnin pagi aku datang kerja, aku mesti belek-belek FB tengok mana-mana info yang penting. Then terbaca satu status yang sangat mengejutkan, pabila sahabat lama kembali ke rahmatullah tanpa diduga.


Alfatihah buat Nurul Syahidah Azman, sahabat yang sangat baik, cantik, lemah lembut dan penyabar!



Arwah Syaz ;(
(Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Amin.)



Aku langsung tak dapat info dari kawan-kawanku yang lain akan perkhabaran pemergian beliau, mungkin disebabkan aku sering bertukar nombor. Juga mengejutkan bahawa selama ni beliau menghidapi penyakit kanser paru-paru. Dan tiada sahabat handai yang mengetahuinya.


Baru je bulan lepas aku tengok picca-picca arwah pergi Umrah, kelihatan sihat dan tiada apa-apa masalah.


Terasa seperti kepala dihempap batu dan pulih dari hilang ingatan, kerana aku berasa sangat leka dengan kehidupan. Aku juga alpa, bahawa kematian itu tidak mengira usia. Ya Allah. Maafkan aku kerana lupa mengingat tentang kematian yang PASTI.


Comments

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA