Balik kampung

Hari ini lepas je habis kelas Dr. Normaliza aku terus balik kampung. Tinggal aku sorang je yang tak balik lagi. Kakak-kakak aku yang lain dah balik dah semalam. Agak-agak mereka tunggu tak kepulangan adik yang bertuah macam aku ni??
.
Ah!
Aku bukan nak sangat pun balik kampung minggu ni, sebab memikirkan banyak tugasan yang aku perlu siapkan. Nak submit minggu depan pulak tu. Takut tak sempat dek non.
.
Aku balik la jugak selepas dipujuk-pujuk oleh kakak aku yang sorang tu. Malas sebenarnya nak layan. Konon nak tambah rajuk di hati. Mereka ingat aku ni tak pandai nak merajuk? Ingat selama ini aku tak ada pendam rasa ke?
.
Tapi aku balik jugak!
Sebab katanya seisi keluarga mesti mandi bunga, dah janji dengan 'minah bomoh' tu mandi bunga malam ni lepas isyak. Balik la aku untuk sedapkan hati semua pihak. Padahal aku rasa cam tah apa-apa.
.
Tak perlu la aku beritahu mandi bunga tu sebab apa. Benda rahsia keluarga. Sssstthh~!!!
.
.
Agak-agak kalau aku mandi bunga malam ni aku dapat kahwin cepat tak? Auwww.. ***miang!

Comments

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...