Malang

Ini satu lagi kisah yang MEMALUKAN diri aku sendiri. Aku dah merahkan tu, maksudnya aku betul-betul malu! Apakah nasibku tiba-tiba heel yang aku pakai terkulai layu. Faham tak? Maksudnya jahanam la! Ya aku tau memang tu kasut semester lepas, tapi aku betul-betul tak sangka boleh jahanam depan sahabatku yang seorang ini. Dushh.. Ambik! Aku sebenarnya terkulat-kulat nak terus terang dan bagi tau bahawa kasut kesayangan aku ni dah terkopak habis!

" U kasut i.. Boleh tak belikan i selipar apa-apa pun.."

Dengan muka sekupang aku la kan! Makanya sahabatku ini belikan aku selipar colour hijau. Yer, menarik dan nice. Aku memang dah nekad dah nak balik pakai selipar yang hijau ni je, selesa pun ye.

Tapi dengan jasa baiknya sahabtku KHZ ni belikan aku kasut baru? Haaa..biar betul! Dan aku masih terkedu. Kalau tadi selipar hijau tu pun dah nice, kasut ni memang Super Duper Nice!

TERIMA KASIH SEKALI LAGI SAHABATKU!

p/s nanti kalau sempat aku upload gambar kasut tu yee..

Comments

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...