Ibu Mertuaku

Orang lain ada ibu mertua aku pun nak jugak. gatal**
Tapi cuma aku belum sah jadi menantu, tapi aku nak jugak panggil ibu mertua. Sebab aku dah panggil ibu mertuaku 'emak'. Terlebih expert pulak kan aku ni. Mak kandungku memang cukup menyampah la dia kata aku ni gatal belum apa-apa dah macam-macam. :P Tapi aku buat tak heran saja. Bertuah ada anak cam aku ni!

Tu baru intro, belum lagi masuk cerita yang betul. Sebenarnya aku teringat nak berkongsi cerita apa yang terjadi dalam beberapa minggu yang lepas. Berkenaan dengan adab dan sopan aku. Bila aku fikir-fikir balik macam aku tak bersopan ketika itu. sigh~

Alkisahnya apabila ibu mertuaku bersama Kak Jaja di dapur. Sembang punya sembang masuk satu topik kisah dulu-dulu. Ibu mertuaku yang menceritakan pengalamannya " jatuh semasa turun bas dek kerana belom sempat kaki ibu mertuaku cecah tanah, bas pun jalan!! Maka tergolek la ibu mertuaku.. Kesian sangat!

Tapi yang agak bahlul aku boleh gelak-gelak sakan sebab rasa macam kelakar. Apakah?

Nampak tak ketidaksopanan di situ? Membuatkan aku termenung kenapa la aku tidak sopan hari itu. :| Lambat betul aku nak sedar silap aku.


Comments

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...