Si Kancil Bijaksana

Korang semua nak baca ke tak nak ikut suka hati la. Ini antara buah tangan yang siap aku buat dalam kelas sastera dalam multimedia tadi. Perah otak woo siapkan dalam masa sejam! Layan...

Perlu buat cerita pendek yang sesuai antara umur 7 hingga 9 tahun. Perlu ada perbualan, tema cerita dan nilai sosial.



Si Kancil Bijaksana

Di dalam sebuah hutan belantara, terdapat seekor kancil yang nakal dan bijaksana. Walaupun sudah seringkali dinasihati oleh ibu dan ayahnya, si kancil tetap berdegil untuk keluar merayau tanpa arah dan tujuan.

“ Ibu, adik mahu keluar mencari makan sendiri hari ini “ bisik si kancil kepada ibunya.

“ Ha? Kamu jangan terlalu berani. Bahaya!” Teriak si ibu yang membantah tidak setuju dengan tindakan si kancil itu tadi.

Tetapi tanpa pengetahuan si ibu maka si kancil dengan perlahan-lahan menyusup keluar dan terus hilang jauh ke dalam hutan untuk mencari sahabat baru dengan rasa hati yang penuh girang dan gembira tanpa memikirkan bahawa kemungkinan berlaku bahaya dan musibah pada dirinya.
Sepanjang perjalanan si kancil itu merayau-rayau, si kancil bertemu dengan si anak ular sawa yang sedang bermain seorang diri.

“ Hai si panjang dan gemuk.” Tegur si anak kancil dengan penuh berani.

“ Hai siapakah kamu? Aku tidak pernah melihat kau berkeliaran di sini?” pertanyaan yang dijawab oleh si anak ular dengan penuh kehairanan.

Anak sang ular sawa sebenarnya rasa terkejut kerana selama ini tiada siapa yang pernah menyapanya. Hal ini kerana, seisi belantara tahu akan kekejaman sang ular jika dirinya lapar dan sanggup untuk membunuh sahabat sendiri demi kepuasan hati.

“ Kau seorang diri sahaja sang kancil?” Pertanyaan oleh sang ular pula.
“Ya!” Terlalu bersemangat sang kancil mengiayakan akan pertanyaan itu. Tambah sang kancil lagi,

“Aku mahu berkawan dengan kau si panjang dan gemuk, aku belum pernah tahu akan erti sahabat. Sudikah engkau menjadi sahabatku?”

“Ya, sudah pasti! Aku merupakan binatang yang paling ramai kawan di dalam hutan ini. Semua binatang suka berkawan dengan aku.”

Helah ular untuk mengaburi mata sang Kancil. Kerana sebenarnya sang ular sudah berkira-kira untuk menjadikan kancil sebagai lauk utama untuk makan malam.

“ Marilah masuk ke dalam rumahku kancil. Ibuku tiada keluar bekerja.” Ajak ular kepada kancil dengan penuh mengharap.

“ Wah! Benarkah? Kau terlalu baik hati si panjang dan gemuk. Aku benar-benar tidak menyangka. Tetapi kenapalah ibuku selalu melarang untuk aku masuk ke dalam hutan seorang diri.”

Kemudian sang kancil dengan penuh rasa teruja beriringan masuk untuk lebih berkenalan dengan sang ular yang di sangkanya sangat baik. Sang ular mempelawa si kancil untuk memasuki biliknya dan sang ular mahu mengunci sang kancil sehinggalah menunggu ibunya pulang. Sang ular mahu membuktikan kepada ibunya bahawa dirinya juga sudah pandai untuk mencari makanan sendiri tanpa bantuan ibunya.

Tiba tiba sang kancil menyedari sesuatu:

“Eh si panjang dan gemuk! Kenapa kau mengunci aku di dalam bilikmu ini?

“Hahahaha.. bukankah kau seronok berada di dalam rumahku ini? Bukankah kau gembira mempunyai sahabat yabg baik seperti aku?”

Sang Kancil mula menyedari bahawa dirinya berada di dalam kesusahan dan sedar akan kesilapannya kerana terlalu mudah mempercayai sang ular. Perasaan insaf dan kesesalan sudah terbit di dalam hati kancil dan mula mengingati akan nasihat ibunya tadi. Barulah sang kancil mula memahami apakah sebenarnya maksud yang disampaikan oleh ibunya pagi tadi.
Sang kancil sudah terkurung lama sehingga lewat petang.
.
“ Ibu..” rintihan kancil yang mula menangis tersedu sedan.

Tetapi sang ular tetap tidak mengendahkan akan tangisan yang tersedu-sedu itu. Sang kancil mula mencari-cari idea untuk melepaskan diri daripada sang ular. Jika die terusan menangis begini tiada apa yang boleh diselesaikan, maka muncul idea sang kancil untuk membebaskan diri.

“ Ular, benarkah kau mahu makan aku? Aku kecil, dagingku tak banyak. Pasti tak sedap!”

“ Ah itu hanya helah engkau, bukan aku tak tahu kerenah kancil yang bijak macam kau.”

“ Benar! Aku tidak bohong. Kalau aku bijak masakan aku menerima pelawaan kau untuk masuk ke dalam rumah mu ini.” Jelas sang Kancil lagi.

“ Jadi apa kau mahu aku buat?”

“ Begini, aku ada seorang jiran yang paling aku benci. Dia juga kancil seperti aku. Dia sangat gemuk dan mempunyai daging yang manis dan sedap. Aku pasti kau mahukannya bukan?” Umpan sang kancil pada buaya.

“ Apa maksud kau?” Terliur sudah sang ular mendengarnya.

“ Begini, aku rasa mahu hapuskan dia di dalam hidupku. Kerana dia selalu sahaja menyakitkan hati aku. Maka aku akan bawanya berjalan ke sini esok dan kau boleh terus menangkapnya. Aku pasti ianya akan menjadi hidangan yang paling lazat dan bermakna dalam hidup kau ular. “ Beriya-iya kancil mengumpan sang ular agar terpengaruh dengan pujukannya. Sedangkan itu hanyalah tipu muslihat sang kancil sahaja.

“ Bagaimana aku nak percayai kau sang kancil?”

Sang kancil mula buntu, apakah yang aku perlu buat untuk meyakinkan sang ular.

“ Beginilah, kalau kau tak percaya aku tidak mengapa. Kau makanlah saja aku malam ini. Aku rela dan redha dengan apa yang berlaku. Kau ratahlah dagingku yang sikit ini serta daging yang tak sedap kerana aku yang kurus.”
Sang kancil berkata dengan penuh syahdu agar sang ular mempercayai kata-katanya.

“ Benar kata kau, kau kecil. Kau pasti tidak sedap. Aku begitu teringin makan daging kancil, tapi bukan kancil kecil macam kau. Aku mahu makan kancil yang gemuk. Pasti sedap bukan! Arrgghh..”

Ular mula menyuarakan rasa hati yang terpendam dan melepaskan sang kancil dan mempercayai kancil bahawa dirinya esok pasti akn terhidang lauk yang lazat dan menyelerakan. Sang kancil pun di lepaskan oleh sang ular tanpa ada rasa was-was dan tidak menyedari bahawa dirinya sudah ditipu.

“ Kau sangat tamak dan bodoh sang ular!”

Si kancil bersuara di dalam hati dan terus meningglkan rumah sang ular dengan pantas. Dia takut-takut kalau sang ular mengekori dan menangkapnya semula.

Sampai di rumah nanti sang kancil mahu memeluk ibunya erat-erat. Sang kancil mula memperoleh pengalaman hidup dan pengajaran bahawa diri kita jangan terlalu mudah untuk mempercayai orang lain. Apatah lagi dengan orang yang baru di kenali. Selain itu juga, sang kancil sudah berjanji pada dirinya agar patuh akan nasihat yang diberikan oleh ibunya.

Comments

jijie said…
hahaaa.. macamnela sang kancil tu peluk mak die ekkk...?? peluk kuat2 plak tu.. gne tangan ke gne kaki?? hahahaaa..

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA