Maaf Bai!

Seawal jam sepuluh pagi aku dah beli nasik makan tengahari : Kesnya...

Aku dah buat bai tu marah la pulak pagi ni. Sempat bai upm foodcourt tu jeling aku dan geleng-geleng kepala! Ha ambik la aku sebab pelahap sangat nak ambik makanan tadi, maka aku terlanggar tangan bai tu yang tengah ambik sambal belacan. Maka bersepah belacan atas meja! Adoh.. Aku tak sengaja la bai, aku pun tau ko lapar macam aku nak makan kan.huahua

" Ha..maaf maaf maaf maaf!"
Terkulat-kulat muka aku depan bai tu mintak maaf. Tapi aku tak tolong kemas pun, aku tinggal je terus sebab malas nak tengok muka bai tu..

Bye la bai! Kalau ko nak marah-marah sangat sila balik Bangladesh sana. Haha :D

Comments

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...