Air mata hari ini..

Maaf buat kakak aku yang seorang ni. Langsung lah aku tak terniat nak melukakan hati siapa-siapa. Tapi perasaan aku sekarang ni dah over sensitif! Nak kata bulan penuh aku nak datang belum masanya lagi. Humnm.. Bukan masalah yang besar pun terjadi hari ini. Tapi aku mentikkan air mata ni ada la nk dekat semangkuk dadih!Pernah beli dadih tak? Kalau tak dah boleh dah rasa sedap kalau makan sejuk-sejuk. Nyummy!

Berbalik kepada cerita yang asal, ada suatu perkara yang terjadi masa cuti semester yang lepas. Semenjak kes yang berlaku, aku betul-betul jadi tawar hati. Kalau setakat tawar boleh la jalan, tapi aku jadi macam keras hati yang teramat. Ya rabbi! aku pun tak pahamlah. Memang jadi masalah. Apa-apa sahaja yang melibatkan keluarga, aku akan jadi macam malas nak ambik tahu dah! Jahat kan aku. Hurmm.. Rasa nak balik rumah pun tak best. Ada pulak aku boleh rasa duduk kat Upm ni lagi syok. Apakah hal kan?

Seterusnya :

Air mata aku hari ini mengalir dan terus mengalir kalau kakak aku tu text aku. Dia call aku pura-pura tak angkat, aku suruh kawan aku angkat kata aku mandi. Lepas tu aku nangis! Dia mesej pakai facebook. Aku tak balas. Aku nangis lagi. Dia pujuk aku belikan aku topap, aku tak nak ambik! Aku nangis lagi.. Ah poyo dan sangat mengada la aku ni. Huh..

Aku pun tak paham aku dah jadi kaki nangis. Tapi ok lah banding kaki judi ke kaki botol ke kan. Opsss.. :D

Apa yang aku perasan, bila aku dah terasa hati tak payah lah pujuk! Aku akan tunjuk ego aku yang tak seberapa nak bagus ni. Bagi penampar siam je kat aku ni lagi baik! Dan satu lagi aku rasa macam nak protes tak nak balik kampung minggu ni.



***Memang aku anak durhaka!

Comments

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...