Semut pun bersahur juga.
Assalamualaikum.
Ada perkara yang aku nak kongsi pagi ni. Jangan tak tahu ye, bulan Ramadhan ni makhluk Allah yang selain manusia pun berpuasa juga. Especially kepada semut-semut.
Ada perkara yang aku nak kongsi pagi ni. Jangan tak tahu ye, bulan Ramadhan ni makhluk Allah yang selain manusia pun berpuasa juga. Especially kepada semut-semut.
Alkisahnya, pagi tadi dengan semangatnya aku bangun sahur pukul 4.30 pagi konon-konon nak makan nasik dengan lauk yang aku beli kat bazar petang semalam tak habis. Semangat jugaklah aku panaskan lauk, masak air tapi tak pulak aku tengok dan panaskan nasik. Sebab aku tak suka makan nasik panas.
Tapi bila aku dah ready nak makan tu then bukak periuk nasik tu, ya Rabbi. Beribu-ribu semut tengah berebut-rebut makan sahur dengan nasik putih aku tu. T_T
Masa tu aku dah tak rasa nak marah ke apa, cuma dalam hati terdetik. Ya Allah, semut ni lagi awal bangun sahur dari aku rupanya. Sabar jelah. Alih-alih aku ratah je ikan tu. Pagi-pagi aku dah jadik kucing kesedihan. Bunyinya miaw-miawww gitu. Pekejadah motif aku nak sebut bunyi-bunyi kucing bagai.
Eh, semut sekarang dah tak makan gula rupanya. Nasik yang tawar habo tu pun dia bantai. Semut kat rumah aku ni memang kelaparan sungguh.
p.s/ Sebenarnya rumah sewa baru aku ni banyak sangat semut! Camno eh nak buat semut-semut ni pindah tempat lain? Aku dah spray banyak kali pakai shieldtox tu tapi tak berkesan pun. Aduhai. Tak ada satu pun makanan yang aku boleh letak sesuka hati. Semua benda aku simpan dalam bekas. Gula pun dia pandai robek. Aku yang tengok pun terus robek hati. grrr
Comments
emr,panggil pestcontrol la..heheh..
salu tpt paling slamat akak taruk adalah atas dapo gas sbb situ dia ssh nak panjat.
panggil pestcontrol??
alahai.. belum mampu nak upah2 panggil orang! hehe
haa..
tulah pasalanya. barangkali semut nak kena darah tinggi pulak.. hihi..
mana2 pun ada semut ni. susah nak elak!
sian ke kak siti? sila lah bantu Nita.hihi
harap2 sedekah lah. tapi kena iklaskan hati dulu masak nasik niat untuk bagi semut. hehe. kidding!
memang. semua barang2 makan simpan dalam bekas kedap je.
adik beradik semut ni ramai..ishk. susah nak hilangkannya. nntilah Nita letak kat ats dapaur jugak.. kot dia tak nak panjat..
kadang2 ada yang dah termakan kak..huh
dia mncri rezeki tu..