Perihal bekas Rumah Sewa yang Tersayang


Assalamualaikum.

Aku dalam mood yang meroyan sekarang ni bila memikirkan keadaan rumah sewa lama aku. Ada benda yang aku nak kongsi pada korang. Dah hilang langsung dah sedih tinggalkan rumah sewa.

Alkisahnya...

Aku dah keluar dari rumah sewa since nak 2 weeks, tapi barang-barang memang banyak yang aku tinggal. Memandangkan aku dah bayar duit sewa untuk next month, then ada jugak duit deposit rumah tu. Maka aku sangat lah selamba badak tinggalkan barang dalam rumah tu yang kononnya aku rasa selamat. Aku tinggalkan rumah tu dengan bilik yang berkunci. Memang aku nak ambik barang dalam minggu ni sebenarnya.

Tup-tup dapat satu mesej dari akak serumah tu. (akak bilik sebelah). Mesej yang bertanya pada aku bila nak ambil barang? Jugak menyuruh aku ambik barang dalam kadar yang sangat segera kononnya ada orang lain nak masuk. Mesej yang banyaklah tanda seru dia!!!! Apa maksudnya? Tanda marah ke apa? Memula tu aku rasa cam positif je. Sebab akak aku ada cakap, jangan nilai maksud orang hanya melalui mesej.

Maka aku pun pergilah rumah tu nak ambik barang.

Tapi sayunya hati ni bila masuk dalam rumah tu... Tuhan je yang tau. Sempat jugaklah masa aku ngemas-ngemas tu menitik air mata. Dengan keadaan dapur yang bersepah dan basah-basah. Habis semua barang dah dikemasnya. Pinggan mangkok periuk belanga aku semua dah siap masuk plastik akak tu bungkus! Bukan tu je, barang-barang dalam bilik air semua dikutipnya masukkan dalam baldi aku. Dahla pulak tu, dikumpulkan depan peti ais lagi. Laginya pulak, akak tu matikan peti ais aku! Paham jelah dalam peti ada apa? Pelbagai barang-barang basah dalam tu. Habis semua jahanam. Siap ada durian dalam tupperware tu berulat. T_T

Satu lagi yang aku musykil, macam mana barang-barang dapur aku boleh basah? Dengan rak letak barang tu pun basah. Sedangkan paip jauh dari kawasan tu. Aku rasakan, macam akak tu saja siram barang-barang kitorang. Tapi aku positif bahawa akak tu membasuh lantai dengan jayanya.

Tak cukup dengan tu, selipar-selipar aku yang depan pintu. Yang sememangnya dah disusun rapi, tertonggang terbalik terkumpul. Aduhai. Sampai hati buat camtu kan. Sobs.

Bila fikirkan balik, apalah salah aku dalam rumah tu. Rasa macam tak ada, sebab sangat jarang bersembang dengan akak ni. Walaupun serumah, akak tu selalu duduk je dalam bilik. Lagi2 akak tu kerja shift. Tv dia semua dalam bilik, bancuh air pun dalam bilik. Kalau ada pun, ada haritu kitorang pakai bakul akak tu, pakai sabun basuh pinggan dia (tp dah ganti baru), pakai iron dia, pakai yassin dia, kadang-kadang pakai cawan or pinggan dia. (biasalah kan ni? Ke memang peraturan rumah sewa tak boleh langsung pakai barang kawan?) Selain dari tu memang tak ada aku rasa. Rumah sewa tak pernah langsung mis bayar.

Tak pun, mesti korang akan cakap. Mesti Nita buat jahat dalam rumah tu, tu yang akak tu buat camtu. Takkan lah sesuka hati akak tu nak buat perangai kan? Hmm. Susah nak explain! Susah jugak nak jangka orang yang sangat pendiam ni. Tapi dalam diam hati berkata-kata entah hape-hape.

Sampai saat ni, hati aku still lagi rasa tak best dan memikirkan apakah salahkuuuu. Dan tiba-tiba tadi ni, dapat mesej dari akak tu suruh aku ambik duit deposit rumah. Eh x kuasa la nak ambik. Sebabnya, masa aku kemas barang-barang kat rumah tu tadi, ada je akak tu dalam bilik. Tapi tak jenguk langsung aku kat luar! Ya Allah... tak ada hati dan perasaan sungguh. Padahal sebelum nak masuk rumah aku dah mesej dah bagitau.

Aku dah mesej dah semalam tanya pasal deposit dia tak reply pun. Mungkin dia tiba-tiba nak bagi balik deposit tu, lepas aku mesej tadi ni ha. Aku cakap, “nilai duit deposit tu tak banyak pun, tak apalah. Aku halalkan je. Jugak aku mesej akak tu, tanya dia kenapa matikan peti? Habis barang saya semua rosak tak boleh pakai. Tak patut akak buat macam tu”. Hmmm.

Ragam bila berjumpa dengan orang di dunia luar. Jangan terlalu mudah menilai orang melalui pandangan dan juga jangan terlalu mudah percaya pada orang. Ini baru cabaran yang satu. Ada seribu lagi cabaran yang menanti kita.

Nak ikutkan aku malas nak memburukkan orang kan, tapi ini kira memburukkan ke? Entah. Tapi aku tak sebut nama dia kan. Tak pernah pun aku upload mukak akak tu di mana-mana. So ini bukan fitnah kan? Huu. Perkongsian cerita barangkali.

Ha, satu lagi aku nak cakap. Akak yang dimaksudkan tu sudah berumur 50tahun dan ke atas. (Ibu tunggal). Anak-anak dia lagi tua dari aku! Dah bercucu bagai tau. Tapi pasai pa lah nak buruk hati camtu. Cedih aku tau.

ni contoh rumah sewa aku. sejibik gini lah bentuk dia. berkembar.
kredit: google.


Ikhlas:
Anita.


Comments

tua tp cam xde akal je tu..ceh..panas lau dpt org cmtu.
Ibu Aqmar said…
sabo2..mungkin dah nyanyuk kot al maklumlah nak monopos..akekeke...ade hikmah disebalik yg berlaku tu..
sabar lah nita ...manusia ne pelbagai perangai....agaknya makan tabuan kot ..marah aje...abaikan ajelah..buat sakit hati dan sakit kepala .pikir kak tu..makcik kot lebih sesuai...
dhiera zainudin said…
sabar ye nita. hati orang susah nak ramal lebih2 lagi macam akak ni yang tak bercampur dengan orang~

banyak jugak harta nita dalam rumah tu ea? sekarang akak tu tinggal sorang ke?
puanstoberi said…
Mmg macam2 peel umah sewa ni. Akak ada plan nak buat citer pasal housemate yg akak penah duduk skali. Saja.. buat kenang-kenangan. Nati la, 1 sweet day akak buat. Huhu :D
suri said…
cam cerita p ramlee tukan..amik kaps pas tuh sumbat kt teling...deeee..klu ada napas le still bsing amik kapas bubuh kt lobang hidung heee..gurau jer tuh hee..

kena sabar..klu tak sabar mau gak kena pindah umh sewa yh baru huuu
Myra Arshad said…
peehh. steady laaa 'akak serumah' gado dengan boipren ke kak? hahaha. ke dah terlajak? upsss.

relax dear :))
dila vincci said…
hampeh nye.....apasal ek kakak tu...stress ke ap....btw,sbr ek syg..apsal da lme menyepi??x update new story kat aku pon....
Cik Da said…
sian nita sabarlah mukin dia marah sbb nita nak keluar dari rumah 2 kot dia syg nita kot...
sailaaf said…
ish. sedih weh aku baca cite ni.
kejam! ada manusia mcmtu rupanya.
meh la sewa umah aku. hehe.confirm takkan jadi mcmtu. teruk punya perangai!! teringin nak menengok muka nya mcmana...
Chekgu Azrine said…
dont judge the book by its cover.. sesuai sangat perumpaan ini dengan citer nita..

banyak org gini sis..
Unknown said…
orang tua kalo naik minyak hodoh sungguh... banyak kan bersaborlah cik Anita.. jadikan ni pengalaman yg sgt bermakna..
Zana Adieyza said…
napelah sampai mcm tu sekali yer akk tu buat? xkan la xde hati & perasaan?

emo gak la masa baca entry ni.. kalau akk yg berada kat tmpt nita, ntah apalah yg akk mampu buat..
huda said…
meroyan kot dia tu,,,otak xd..suka2 nk wt kwn aku cm tu...huh!!
cik dila said…
kenapa die still menyewa lagi? umur dah 50 kot.

mesti ada masalah tu, biasalah. org tua ni kite susah sikit nak faham. takpe,abaikan je. sabar..

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA