Jeram KS

Sebelum aku cerita panjang pasal berbuka puasa semalam. Mari layan gambar yang tak seberapa seronok untuk ditatap!

Klik-klik...

Muka pertama si Pakcik ketua Zaimi yang bertugas menguruskan makan-makan ni. Separuh lulus! Makan pun tak ingat dunia dia. ;p








Ok dah tengok?

Aku bagi 3 bintang dari 5 bintang yang ada. Hish. Seronok memang la seronok sebab bergelak ketawa masa lepak-lepak kat pantai tu. Cuma yang tak seronok MAKAN BERBUKA sangat LAMBAT. Pukul 9 baru dapat melantak. Aduhai. Memang perut pun dah masuk segala angin halilintar. Hati ni menahan perasaan macam nak campak pinggan-pinggan atas meja tu. hehe

Macam mana ni cik Zaimi? Plan berterabur habis. Lain kali deal baik-baik ya. Jauh ni nak datang. Nak dekat 2 jam perjalanan baru sampai. Patah pinggang duduk dalam kereta lama-lama. huhu. Mood pun jadi kurang bagusss...

Harap-harap persahabatan kita berkekalan lah ye. Buat cik Buchairy yang bakal ke Jepun bulan 11 ni. Jangan lupa kami! 3 tahun tu. Tau2 kang balik sini aku dah kahwin kot. hihi.

Eh best juge dapat naik kereta besar bapak ko tu.huahua.

Untuk Kak AnA, terima kasih sebab menumpangkan kami. Adik tunggu datang raya kedua! Mahu makan apa? Mari-mari oder adik masak :D



Comments

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA