Alkisah sebelum terbang ke Kelantan tempoh hari...
Assalamualaikum...
Kisah dah lapuk, tapi aku baru nak update. Sebab dapat kursus tempat lain bulan depan. So tak nak tangguh-tangguh dah.
Aku ke Kelantan sebab mengiring budak untuk debat. So membawa 8 orang budak, 4 orang pelajar debat Bahasa Melayu dan 4 orang lagi debat English.
Nak dijadikan cerita, pada permulaan subuh hari itu aku menangis dalam bas. Syahdu gila beb.
Sebab...
Sebab aku percaya bahawa pelajar yang aku bawa itu sudah matang dan mampu untuk bangun pagi tanpa paksaan dan gesaan. Mampu untuk berfikir waras tanpa ada teriakan dari orang lain. Tapi sangkaan aku sangat silap dan meleset.
Janji berkumpul jam 4.00 pagi tapi satu batang hidung budak pun tak nampak! Memula aku sabar lagi, tapi tunggu punya tunggu. Tak sampai jugak.
Aku gigih naik asrama puteri. Korang rasa apa yang aku nampak?
Yerp! Tengah tidur hokey. Tidur yang sangat lah lena! Maka aku pun jeritlahhhh.
" Ya Allah tidur lagi?? Bangunnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Serba salah juga aku lepas tu. Sebab bila aku menjerit tu. Aku menjerit sekuat hati. HAHA. Kesian budak-budak lain yang tengah tidur. Hanya aku nak marah sorang budak, tapi semua budak satu dorm terduduk atas katil mata terkebil-kebil sebab terkejut. Aku sebenarnya nak marah yang budak sorang tu. Tapi satu asrama terkena tempias.
" Jangan mandi! Terus tarik beg pergi dekat bas! Dah pukul berapa dah ni. Lambat! "
So aku try nak rilekskan diri. So aku tengok je dia. Tapi nak tau apa lagi yang berlaku? Boleh pulak dia baru nak carik beg. Jugak baru nak kemas baju-bajuuuuu. Faham tak darah aku mendidih macam mana? Tuhan je yang tau.
Aku menjerit lagi.
" Baru nak kemas? Dah lambat dah ni! Awak ingat dekat ke kita ni nak pergi ha??? Malam tadi buat apa? "
Bertempik lah aku sekali lagi. Tapi aku tengok bebudak lain, yang baring terpaksa pura-pura pejam mata. Kesian dorang. Tapi aku dah tak heran dah. Tapi dalam masa yang sama, ada dua budak lain bangun nak tolong kawan dia ni kemas barang.
Ikutkan hati aku nak tinggal je!
Aku terus blah tunggu dekat bas, bila aku tunggu pukul 4.30 pun tak tiba lagi. Aku ni bukan apa, tak nak lah gerak lambat. Sebab flight pukul 8. Bayangkan dari Mukah ke Sibu dah berapa jam. Belum lagi nanti dekat Sibu nak drop luggage budak-budak ni.
* Tapi ada cerita lagi.... Kali ni aku terus teresak-esak menangis.
Malam sebelum bergerak, aku ada cakap dengan bebudak ni. Aku ada jumpa diorang untuk taklimat terakhir. Laptop bagi aku simpan malam tu. Sebab bebudak tak boleh sesuka hati pegang laptop. Sebab takut masalah kecurian dan sebagainya. Tapi malam tu aku takla ambik laptop lepas taklimat, sebab dorang nak pakai. So aku suruh la hantar dekat rumah aku lepas pakai. Aku kan memang duduk rumah warden. So senang apa-apa hal.
Tapi yang nak dijadikan cerita, aku pun tak faham kenapa yang budak ni takut sangat nak jumpa aku. Boleh pulak dia cuma letak laptop depan pintu rumah aku. Depan pintu saja ye aku tegaskan! Apa jadahnya aku pun tak tau. Takut sangat sebab aku ni garang ke?
Kebetulan pulak malam tu, aku tidur awal. So memang ada kawan serumah a.k.a kawan cikgu yang lain nampak laptop depan pintu. Tapi dorang taklah terfikir laptop tu untuk aku simpan. So kawan aku yang terkejut nampak laptop tu suruh budak lain simpankan. (tanpa pengetahuan aku)
So bila pagi tu ada yang tanya dekat aku mana laptop? Aku cakapla mana ada dekat aku. Tak ada sesiapa yang bagi dekat aku malam tu.
Lepas tu ada yang jawab saya dah letak depan pintu rumah cikgu.
Aku apa lagi!!!!
"Yang awak letak depan pintu dah kenapa??? Tak ada tangan nak tekan loceng rumah saya ke apa?
Masa tu masa memang dah suntuk, dah nak dekat pukul 5. Dah lewat sejam perjalanan aku. Ya Allah, aku berlari sesungguh tengok depan pintu kot-kot ada. Takut aku terlepas pandang pagi tadi. Tapi tak ada jugak. Aku berlari patah balik ke bas cakap tak ada. Sungguh berdebar aku masa tu!
Rumah aku tingkat 3 ye! Bukan dekat aras bawah. Bayangkan aku berlari hanya sebab budak-budak ni yang terlalu mudah lepas tangan dan tak fikir panjang bila buat sesuatu benda.
Bila dah jadi macam tu...
Subuh tu aku berteriak bagai dalam rumah cari laptop tanpa mengetahui siapa gerangan yang simpan laptop tu. Aku terpaksa kejut semua kawan-kawan rumah aku. Tanpa sedar aku kejutkan kawan aku dengan nada aku tengah marah. HAHA.
Sampai sekarang aku kena perli hokeyyy dengan kawan-kakwan rumah aku, kena perli sebab mengamuk dengan student di pagi hari tapi dorang yang kena tempias.
Tapi akhirnya jumpa laptop tu, sebab kawan rumah aku bagitau siapa budak yang simpan laptop tu. Ya Allah, tak terkata beb. Tapi disebabkan starting dah macam tu, aku jadi tak ada mood berhari-hari. Hambik la bebudak, 4 hari dekat Kelantan memang kena perli sesajaaaa.
Maka bergerak ke Sibu terus pagi tu dalam keadaan aku hiba menangis. hehe. Sedih beb. Sebab? Sebab aku percaya, bahawa mereka ini adalah dalam kalangan pelajar yang bijak pandai. Tetapi tidak mampu nak bergerak sendiri. Kena paksa baru jalan. Hilang percaya pada budak-budak terus.
Tapi akhirnya pagi tu aku terlepas sesuatu tanpa aku sedar bila bas bergerak pagi tuu...
"Kalau perangai macam ni, tak kemana la awak semua. Takkan menang. Awak ingat saya ni siapa? Saya ni cikgu baru, awak nak main-main denagn saya? "
Memang mereka kalah selepas itu. Tapi aku percaya, semua benda ni ada hikmah. Kalau kita merasakan diri kita sudah bijak pandai, tapi tak respect orang lain. Faham sendiri sajalah.
Jugak sebenarnya ini pengalaman pertama aku bawak budak keluar. So lepas ni, kalau kena bawak budak keluar memang tak ada harapan la lambat. Aku akan lebih tegas dari sekarang nih.
Okelah,
Nanti aku cerita pasal aktiviti dekat Kelantan. Walaupun tak banyak aktiviti, tapi aku dapat makan keropok lekor sedap!
Ikhlas,
Anita.
Comments
Klu akk pun mau kena jgk tuh..uishhhh