Posts

Senyuman 2020

Assalamualaikum. Terbuka hati untuk membuka laman Anita ni setelah sekian lamaaaaaaaa terkubur. Tak taulah, sambil taip ni pun rasa macam tersenyum-senyum. Nostalgic sungguh pada sesiapa yang ada coretan di laman blog macam gini. Mungkin masih ramai lagi yang aktif di luar sana, tapi tak gelamor macam dulu dah kan.  Update setahun sekali pun okey lah kot lepas ni. haha. Tak ada siapa pun nak rindukan penulisan kita ni.  So far, hari ini 1 Julai 2020 semuanya berada dalam keadaan baik-baik. Selepas PKP yang menyesakkan jiwa pada mulanya, namun tersembunyi 1001 hikmah yang tak terungkap dengan kata-kata.  Jangan tak percaya, naik 10 kilo hokey. Saiz baju dari M, L dan kini XL. Menangis pun tak guna, sebab penyesalan tak kunjung tiba. Makan asyik rasa sedap saja. Makan sahur pun boleh tambah nasik. Macam mana nak tolong?  Cuba juga lah nak diet, tapi mulakan dengan minum air kosong banyak-banyak dulu. Kurangkan nasik. Bukanlah tak makan langsung. Aduhai. Nantikan i kurus ya

Eh, aku dah pindah bumi Semenanjung!

Assalamualaikum. Lupa la nak update kat sini. ALHAMDULILLAH. Aku dah kembali ke bumi Semenanjung. Kembali ke bumi Perak 17/07/2017 tempoh hari. Tarikh special kan tu? Allah sebaik-baik perancang. Hampir tiga bulan dah aku kat sini. So far semua berjalan dengan baik. Hati pun senang. Tak terfikir pun nak beli ticket flight ke apa. Cuma fikir nak drive bawak si kecik kat sebelah yang mengaruk jelah kalau balik kampung berdua. Takpe. Masih bersyukur. Duduk rumah sendiri. Bawak kereta sendiri. Susah senang aku kat sini sendiri. Paling susah pun, aku susahkan laki aku jelah. Tak ada dah nak menyusahkan hidup kawan-kawan. Walaupun rinduuu banget sama kawan-kawan yang masih berada di bumi Mukah. Tak taula bila lagi boleh kembali ke bumi Sarawak tu. Oke lah. Sebenarnya ada berita lagi suprise nak cerita. Tapi tengah fikir, ada ke yang nak tau? HAHA. Oke bai.

Kosong

Assalamualaikum. 10.17 pagi tika ini. Bersungguh menyiapkan lambakan kerja yang tertangguh. Bersungguh seawal 7 pagi. Tapi perasaan tu semakin kosong. Ulang tanda. Ulang baca. Ulang lagi makin hilang. Makin tak faham. Hilang fokus. Kosongnya perasaan ini. Amboi hai. Luahan apa pulak dah. Terus tersedar laman belog ini. Mungkin datang singgah kejap MENGHIBUR hati. Bahagia itu yang sangat subjektif. Terusan berkata bahagia itu kita pilih. YA. Barangkali resah gelisah perasaan kosong ni sebab nama belum lagi naik untuk pulang & pindah ke bumi semenanjung. *nangis sorang dalam selimut*

20 kilogram yang hilang

Percaya atau tak. Korang kena percaya. Sebab aku pun macam tak percaya. Berat aku hilang 20 kilo lepas bersalinkan si Orked. Ramai yang tegur aku lebih kurus berbanding anak dara. Masa nak kahwen tempoh hari pun susah wei nak turun berat badan! Aku pun tak percaya sekali lagi. Padahal aku tak ada lah nak diet sangat-sangat pun. Cuma masa dalam pantang, aku memang jaga makan sangat-sangat. So bila dah selim melim aku pun gumbira. Cik abang pun suka lah dia. hua hua hua. Nak ke nengok muka daku yang selim ni? Tunggu aku dapat ilham nanti ya baru aku kongsikan. Aku pun tak tau sampai bila akan maintain begini. Sekarang ni macam dah start selera makan balik pulak. Haish.

2017 sudah menjelma

Image
Assalamualaikum 2017. (senyum manja-manja) Macam biasa, malas nak bagi alasan kenapa dan mengapa tidak update blog? Macam biasa belog memang dah bersawang habis. So datang nak sapu sawang dan tebas rumput. Bukan rumput je yang ada. Pokok balak pun dah tumbuh. Haih. Alkisah... 2017 aku dah menjadi seorang mama. Alhamdulillah. Dah 4 bulan dah anak aku. Aku pun dah jadi mama. Kadang-kadang tanya kat anak aku, ini anak mama & papa ke? hehe. Senget betul mama dia ni. Perkenalkan anak daraku.... ORKED DELLISYA   Sekurang-kurangnya ada cerita si anak dara ni dalam belog mama dia. Sebab mama macam terbukak ilham nak update belog untuk tahun 2017 ni.   Hmm.   Aku masih di perantauan dan Orked jauh dari papa dia, nenek dan semua orang. Takpe Orked, kita kuat. Doa banyak-banyak kita dapat pindah semenanjung. Ameen.   Macam dapat ilham nak tukar layout blog jugak. Bosan lah hai cik Anita punya header tu. Nak tukar jadi Mama Anita gitew,     Salam sayang,

32 weeks day 7

Assalamualaikum. Belog dah berhabuk? Datang singgah nak mengemop kejap.  Mungkin lepas ni berhabuk balik. Entah kenapa, aku pandang laptop atas meja. Aku bukak blogger.com. Aku masuk email & password. Aku terus create new post. Aku barangkali sudah teringat-ingat cuti panjang bermula 20 Ogos nih. Tapi terkenang jugak apa yang sepatutnya aku perlu selesaikan sebelum cuti nanti. Takut-takut bila aku balik bercuti nanti akan menyusahkan ramai orang sebab ada kerja-kerja yang tertangguh. Maka minda dan otak aku sungguh celaru. Otak yang sedang beratur panjang tema dia. Satu siap. Ada lagi satu. Dua siap. Tiga pulak yang menanti. Empat dan lima dan enam dan dan dan... *pitam* Oh lupa mahu bilang harini sudah 32 minggu 7 hari kandunganku. Alhamdulillah. Harap-harap September akan menjadi hari yang indah dan bersejarah. InshaAllah. Belum pernah langsung rasanya aku berkongsi cerita alkisah semua ini. Tak ada rasa nak kongsi? Tak jugak. Tapi mungkin rasa sedikit segan. Bukan

Semoga maju jaya anak-anak PT3

Image
Assalamualaikum.  Aku tak taula nak panggil anak-anak, adik-adik atau pelajar-pelajar.  Sebab adik aku lagi kecik dari dorang ni. Baru darjah 6 adik aku yang bongsu.  Okeh takpelah, cuma nak ucap semoga hati mereka terusan peroleh ketenangan untuk jawab exam besok. Subjek pertama besok adalah subjek yang aku ajar.  Debar-debar lah hai jantung cikgu. Serius susah hati. T_T  Harap dapat faham & jawab ikut cara yang pernah dipelajari. Jawab ikut cara KBAT. Sebab sekarang ni soalan KBAT di mana-mana.  Baru kini memahami perasaan cikgu zaman sekolah duluuuu. Terus rindu!  Muka kelas terakhir pagi tadi. Selagi mampu ada ruang untuk curahan ilmu. Usaha dah sehabis baik.  Maka tawakkal je yang mampu.  Selamat maju jaya sekali lagi.  Cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu bagi.