Majlis Perpisahan Pelajar

Assalamualaikum.

*entry tertangguh*

Oke seperti yang sedia maklum, bulan lepas aku ada buat sedikit majlis makan-makan dengan student. (aktiviti kelas). Just majlis makan-makan yang simple je aku gabung dua kelas. Banyak benda yang aku arrange sendiri. Dari segi beli kek, air, kfc, ballon dan segalanya. 

Rasa macam susah gak rasanya nak handle majlis dengan student antarabangsa ni. Macam tak reti sangat aku nak suruh itu dan ini. Mungkin berbeza budaya dan cara. Tapi so far semua pun berjalan dengan lancar. 

 Hasil hiasan student. Simple sangat kan? Tapi just nice.

Kebetulan hari Selasa kan, so aku beli lah KFC. Sebab ada Tuesday treats pun. Memang berbaloi-baloi murah. Nak ikutkan aku nak je bagi makan nasik ayam ke, nasik lemak ke. Sebab nak kenalkan makanan Malaysia pada dorang nih. Tapi tulah alasan dorang, diorang memang tak gemar sangat. Sebab everything rasa manis. Yeke? Aku rasa ye jugak kot. Sebab sambal-sambal kita kan rasa manis. So tak kena pada selera tekak dorang.
Gapo dio muka aku happy sangat tu? =p

Aku pun tak pasti lepas ni nak buat lagi ke tak majlis macam ni. Sebab memikirkan semuanya aku sendiri.  Takut terkejar-kejar. (Tapi student kelas lain pun dah request juga). Keliru nak buat ke tidak.

Maybe buat hari Graduasi jelah kot. Tu pihak kolej yang anjurkan. So aku just tolong-tolong je. Mungkin lebih mudah untuk semua pihak.

Nak ikutkan, cara aku simple je, aku akan try the best buat student happy dengan cara aku mengajar dalam kelas sampailah akhir semester. Tapi kalau kau dah buat mood aku tak best, jawab sendirik lah. Tu yang ada student tegur, kenapa aku berubah. Mula-mula baik, tapi lepas tu jadi bad? =)

Sekarang ni, apa yang aku rasakan bila aku dah mengajar, aku dah faham kenapa dulu zaman aku jadi student ada lecterur yang mula-mula nampak baik tapi lama kelamaan macam tak okey. Tu sebab attitude student yang makin lama makin naik minyak. Kan? ke karma? hish.

Semoga aku terus ikhlas mengajar. InsyaAllah.
 

Ikhlas,
Anita.

Comments

Cik Da said…
salam nita mengajar kat mane...
alhamdulillah bejln lncr ya..

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...