Sebuah cerita tentang 'Anniversary'

Assalamualaikum.

Hari ini 23hb 2014. 

Hari ini jugak sebenarnya kisah Anniversary kitorang yang ke-? Oke di rahsiakan. Kalau nak tau godek sendiri. Tapi rasanya ada je yang tau. Baru je. Baru je nak kenal hati lagi. Selalu je gaduh-gaduh tak puas hati. Especially aku lah buat perangai. HEHE. Ampun ye Mr. N!

Jauh di sini, cuma yang aku mampu. Ucapan je kat sini. Tapi seperti biasa, Mr. N memang akan lupa taikh-tarikh penting begini. Kena sentiasa diingatkan. Itu yang kekadang stress dan aku ni merajukkkk. Sampaikan birthday aku pun dia lupa. Cemana tu? Takkan lah tak merajuk. Kan?

Tapi memang tak dinafikan, kita orang pompuan ni selalu concern lebih. Itu yang semua benda terpahat kat kepala orang pompuan. Semua benda pun kita mampu ingat.

Apa pun, selamat lah berulang tahun percintaan antara kita. Semoga segala perancangan untuk majlis membina masjid berjalan dengan lancar. 

Walau saya jauh di sini, pastikan tetap SAYA dekat di hati. Maka bertahun kita jauh ni, janganlah bosan sebab daku menelefon sehari berpuluh kali.. Nampak tak yang aku ni sebenarnya merimaskan? Hehe.

Yela.. dah tak jumpa, harusla sentiasa call dan bertanya khabar. Siasat sikit-sikit bila dah jauh ni. Bahaya biarkan dia senyap sepi. Jengg.

I love you Nazrul. *jum pitam*

Pesanan dari saya, semoga terus sabar melayan kerenah saya yang kalut malut. Semoga menjaga kesihatan selalu, semoga terus berkarya dengan sepenuh hati, semoga makan banyak-banyak supaya sama gemuk dengan saya, semoga sayang saya sahaja, semoga menjadi anak yang berbakti pada orang tua & semoga menjadi adik dan abang yang dikagumi.

Apa pun yang terjadi antara kita. Hanya Tuhan yang mengetahui mengapa kita dipertemukan dan mengapa kita terus begini. Percaya pada perancangan Allah, bahawa pasti akan ada kemanisan dalam setiap duka gembira yang kita lalui. 


Ikhlas,
Anita.



Comments

Teratak pena said…
semoga jodoh berkekalan hendaknya... Amin...
Semoga kekal bahagia insyaallah

;)
Lynn Damya said…
Wah muka cik abang kau ala2 seorang seniman gitu ! haha..selamat berbahagia dan berkekalan dunia dan akhirat ! amin~ :)

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA