Perlu atau tidak?

Jam 9.35 mlm
Hujan lebat
Sambil mendengar lagu ' Biarlah rahsia' oleh Siti Nurhaliza.
(membuatkan aku jadi sangat syahdu) Ha, dah mula dah aku nak jiwang balik. Maaf ye ;)

Sebenarnya aku cuma keliru dengan blog aku yang satu ni ha, keliru macam mana aku nak ceriakan blog aku ni. Perlu atau tidak aku nak letak pelbagai widget yang comel-comel tu. Aku macam teringin nak letak chat box sebab boleh sembang-sembang, ngorat-ngorat, letak lagu jiwang karat, letak banyak-banyak muka aku yang separuh comel ni. Haha.. Macam blog aku yang sebelum ini. Siapa yang pernah baca blog aku sebelum ni, tahu la macam mana kiut miut kan? Tapi bila aku pertimbangkan, AKU TAK LETAK. Ok? Ok sudah muktamad dan tidak perlu pertimbangkan lagi. Aku sedang bersabar sebenarnya, walaupun kesabarkanku senipis kulit kerang!

Relevan mengapa aku tidak masukkan semua alah tu, aku perlu menjaga kualiti blog aku ni. Eh sekali lagi aku mula perasan, buat apa lah kau nak jaga sangat kualiti, bukan ada sapa yang nak tengok dan jenguk punn. Huhu. Bila blog tak serabut, senang hati dan tak sakit mata nak baca. Seperkara lagi, aku dah berazam dah tak nak padam dah blog ni. Biarlah konon-konon menjadi peninggalan sejarah untuk anak-anak aku. Haha.. Anak? Entah kahwin entah tidak. InsyaAllah.

oklah Bubye!

Sebelum lupa: aku nak makan nasik, tapi lauk tengahari tadi.. zzz

Comments

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...