Teguran berunsurkan nasihat

Situasi sekarang:
-My girl Ana sudah melangkah ke kelas. Tapi dia tak mandi sebab tak ada air, haha. ;D
-Aku jugak lepas makan nasik lauk telur masak sambal dan sayur kobis. Total rm3. Burrrbb! Sangat kenyang tapi aku tak mahu tidur, sebab ada kelas sebentar lagi jam empat petang.

Bicara aku sebenarnya hanya mengimbas kembali keadaan di dalam kelas tadi 10pg-12 tgri. Pensyarah yang sangat baik, banyak cerita tapi kami semua perlu menyalin nota dan beliau tidak akan sesekali memberi nota secara percuma. Amik! Padan muka kami. Itu menyebabkan kami sangat rajin dan tidak ponteng kelas beliau.

Alkisahnya yang membuatkan aku berkira-kira dan berfikir-fikir untuk dikongsikan bersama adalah dengan cara beliau menegur salah seorang classmate aku. Secara tidak sengaja, pembelajaran yang diajar berkaitan dengan unsur yang melibatkan aurat perempuan itu sendiri. Maka dengan terang beliau menegaskan bagaimana kami ini sebagai perempuan dan wanita haruslah tahu akan batas dan cara menutup aurat itu dengan baik. Ya, terima kasih atas peringatan yang sangat baik kerana kami ini kadang-kala sememangnya perlu ditegur agar tidak lupa pada landasan yang sepatutnya.

Malangnya aku agak berasa kurang enak dan senang dengan tindakan beliau yang murni itu, dimana menegur salah seorang sahabatku dengan cara yang sangat terang dan agak memalukan. Sahabatku ini yang free hair dan jelas semua orang tahu akan keadaannya. Tetapi dengan selamba beliau menegur " awak polan si polan, jaga aurat tu.." dush!! Macam terkena kat aku pulak peluru tu. Jadi? apa yang aku nak sampaikan sekarang ni, boleh nak tegur. Tapi biarlah dengan caranya. Mungkin dengan cara berdepan dan bukanlah dalam lingkungan khalayak yang ramai sedemikian rupa.

Teringat juga ketika aku di sem 2 yang lalu, dikira junior la kan kat kampus menghijau ni. Hehe. Masih dengan kes yang sama iaitu aurat, tetapi ustaz itu sangat berhemah menegur dengan memanggilnya secara peribadi dan bersemuka. Kesannya kawanku itu bertudung dan tiada siapa yang tahu bahawa perubahan itu berlaku setelah ditegur dengan baik dan bukanlah dengan cara yang memalukan.

Maafkan aku Dr!
Ini hanyalah sebagai pandangan yang jujur dari mata dan pandangan aku sebagai anak didikmu.
Kerana aku sedar aku juga bukanlah yang terbaik dan aku masih memerlukan nasihat mu.

Salam.

Sebelum lupa: Orang yang lama itu sudah banyak makan garam dari ajinomoto.

Comments

GEMBALA SUARA said…
nak lalu boleh x?
nak komen pun x reti sangat..
cite org2 pompuan...
ape2 pun..
have a nice day..
chow bedaahhh
Cik Anita said…
oit..
dah lalu?
br nk mintak izin ek? bayar ar tol..hehe
neway thanx ;)
have a nice day 2..
choow meonn~

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA