Mimpi Ular
Aku terjaga je pagi tadi aku ingat 92% mimpi aku tu. Ya! Aku memang tak lupa punya. Aku mimpi ada banyak sangat ular. Hish.
Alkisahnya di dalam mimpi aku tu, aku berada di suatu tempat yang aku tak pasti. Bersama beberapa orang budak kecik. Aku je yang paling tua. Aku perlu jaga budak-budak tu. Tapi entah macam mana boleh pulak ada banyak ular. Banyak sangat! Macam-macam jenis dan macam-macam warna, besar kecik semua ada. Ish seram! Aku perlu jaga budak-budak tu daripada dipatuk.
Tapi...
Akhirnya aku yang dipatuk...Sakitnya!(dalam mimpi tu tak sakit pun)
Aku pun berfikir sejenak. Apakah petanda mimpi ular tu. Orang zaman-zaman dulu kata, mimpi macam tu ada orang yang nak datang meminang. Errr? Ada ke orang yang nak datang meminang macam aku ni. Tak ada la kot kan.Haha. (tipuu :P)
Mungkin juga akan ada malapetaka atau masalah yang bakal terjadi pada aku. Oh tidak! Mintak dijauhkan nak raya ni beb. Harap kesihatan baik-baik sahaja.
Tapi dalam mode yang lain, aku rasa macam seru aku dah sampai ni. Yabedabeddu! Aku mahu kahwin. Aku mahu kahwin. Aku mahu kahwin!!! (jerit kuat-kuat sambil gelak)
Mak aku baca ke tak ye belog aku ni. Kalau mak aku baca mesti mak aku sekeh-sekeh kepala anak dia ni. Anak dara yang paling menggatal! Auwww...
Tapi aku tahu kakak aku yang sorang ni akan baca.Opsss! Ini hanya iklan KAHWIN. :D

Comments
Lor...dah rosak dah radionya..x dapat la nak tahu dia kawin dengan siapa dia....
( P/S: Janganlah beli radio yang murah..he )
radio murah jela beli, tak mampu..
ao mama...saya mahu kawen...
kawen dengan siapa...
kawen dengan En Cinta...
tgk..radio mahal..kn da tahu...hihih.
ak doakan kebahagiaan kamu n jauhkan dari sbrg malapetaka.amin,.