Masih raya ye?

Masih dalam mood raya ye kawan-kawan.

Hari ini hari Syawal yang ke 13 kalau aku tak silap. Walaupun dah tak pergi 'baraan', aku masih lagi nak rasa syok sendiri raya. Padahal hari-hari pening memikirkan kerja yang melambak dan aku tak tahu nak buat. Projek paper yang seciput tu pun tergendala kejap. Apa nak jadi? Bukan malas, tapi tak ada bahan. (ke memang sengaja ayat nak tutup malas?)

Jumaat ni nak kena hantar iaitu SOROTAN KAJIAN... tettttt! tu bunyi rasa macam nak tercabut jantung sebab dah nak hantar tapi kata-kata aluan pun aku tak buat lagi. Ada siapa-siapa yang mahu offer diri tak untuk aku upah? :P haha. Memang jangan harap laaa!

Sebenarnya tadi niat nak upload pic raya. Tapi tiba-tiba aku malas dan rasa malas. Ah, memang dasar aku kuat makan berutu! Erkk. Apa itu berutu? Berutu is...


TENGOK YANG BAWAH INI GAMBAR BERUTU. :D
(ia merupakan sejenis makanan yang tak semua orang suka makan macam petai.apakah?berutu tu terselit di celah ayam..haha)


Mekasih pakcik google!

Comments

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA