Si garang mungkin?


Oh...
Si kakak tutorial! alkisahnya...

Tepat je jam 12 tengah malam, malam tadi. Semua orang dah tak boleh lagi tagging kalendar di facebook kakak tutorial. Sebab kakak tutorial tu kata dah tak nak semak selepas seminit pukul 12. Aku tak pasti la sama ada betul-betul tegas atau saja-saja nak gempak. Tapi nampak gaya macam nak bertegas aje! Bagi aku tak kisah la nak bertegas, tapi macam tak kena cara. Garang yang over? Semua orang macam malas nak layan kakak tu. Dia tak bertoleransi pun.... :(

Apa yang membuatkan aku cakap dia tak bertoleransi sebab, bila kita bertanya sesuatu pasal kerja kelas. Sudah pasti dia tak nak jawab! Alasan dia tak nak cakap sebab kita tak alert katanya masa dalam kelas. Kalau nak tahu pergi tanya ketua kelas. Ishk, ketua kelas tupun manusia jugak kadang-kadang dia pun lupa dan tak ingat. Dah tu macam mana ni? Hurm. Kadang-kadang kita ni tak paham walaupun dia terang berjela-jela dalam kelas tu. Bila dia buat anak buah dia macam ni rasa tak patut la kan. Mungkin si kakak tutorial ni sangat sempurna yeeee... (harapnya la)

Bila cerita bab garang tadi tu aku macam boleh tak boleh lah nak terima. Tapi kalau nak pakai logik akal aku terima jugak la. Sebab itu memang dah tanggungjawab dia nak mendidik anak buah dia. Kalau si kakak tutorial ni tak garang, mungkin anak buah akan naik kepala. Oke itu aku paham. Sebab anak-anak buah pun bukan banyak jauh beza pun umur, ada yang sebaya lagi. Lahir tahun 1986? Tak jauh mana pun jarak umur tu...

Seperkara lagi yang tak kena bila aku tengok si kakak tutorial ni cakap yang macam-macam di laman sosial tu masa sembang dengan kawan-kawan dia. Seolah-olah macam mengutuk kerja kalendar yang kami buat. Siap cakap nak muntah tengok kalendar yang banyak-banyak. Boleh ke cakap macam tu? Terasa hati beb! Kalau kerja kami ni cantik, takkanlah nak muntah dan jemu kan. Bila kakak tutorial ni cakap nak muntah tu, seolah-olah macam satu penghinaan bahawa kerja kami ni tak ada gred yang bagus??

Dia pun pernah menjadi pelajar suatu ketika dulu, kenapa dia macam tidak faham akan masalah pelajar yang lain. Belum jadi lecterur tapi gaya mengalahkan professor?

Hurm. Aku pun bukan manusia yang sempurna bila nak bercakap tentang ketidaksempurnaan orang lain. MAAF! Tapi hakikat ini yang perlu ditelan oleh aku dan mungkin si kakak tutorial ini sendiri. Aku tidak pasti dia akan membaca belog aku ini atau tidak. Harapnya tidak. Sebab kalau dia baca mungkin markah aku akan terjejas. Eh terjejas? Kalau betul terjejas memang dia tidak profesional la kan..

Aku pun tak sempurna!

Sekian...



Comments

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...