Makan setimboat

Hallu semua..
Walaupun minggu ni sibuk dengan macam-macam hal, makan tetap makan ye. Memang daku suka makan pun. Tak heran lah kalau badan pun dah macam anak kingkong. Haha.

Macam biasa feberet makanan kami iaitu setimbot. Meleleh abis air liurr.. Slurrrp! Cik Anita lap pakai tuala air liur yang meleleh ni :P. errr. pengotor! ehehe.

Tempat makan ni dekat je area UPM lebih kurang dalam 10 minit dah sampai kalau merempit laju macam Cik Anita. Kat Maeps, Serdang. Korang dah pernah pergi ke? Aku sarankan kalau yang suka makan banyak tu, jom makan sini! Harga rm19.90kupang satu kepala. Ambik jela sampai kembung korang makan. Semua layan diri, dari segala seafood, segala air, askrem, rojak buah, buah-buahan, nasi goreng, mee gorang, abc, dan banyak lagi malas aku nak taip.

Kalau nak best kena pergi ramai-ramai dan bawak orang yang kuat makan! Macam kami ni la, tapi bukan semua kuat makan pun. The sayang-sayangku: Ana, Ila, Fara, Ekin. Cuma sahabat sayangku yang sorang Azi tak join sbb tak sihat. Aish. Semoga cepat sembuh!

Jom layan beberapa gambar di bawah ini:


Ini tempat ambik makanan. nice..


Tempat ni jujur aku cakap tenang dan sangat selesa. Orang pun tak ramai. Jadi nak melantak macam hape pun tarahal punya. Nak gelak kuat-kuat pun apa nak kisah? ehehe.

Okeh! Ke kalau ada sapa-sapa nak belanja Cik Anita makan sini, cepat2 la ajak ye..hee. Memang daku dasar tak tahu malu. Okelah, selamat bersetim dalam boatttt....


Comments

cik, ni dekat UPM yg kat mane ye? best x makan kat sini? tgh cari restaurant steamboat untuk family :)
Cik Anita said…
Tau x Mardi serdang yang sebelah UPM ni? Dekat2 sini je, yang dalam Maeps tu..Ok juga yang dekat sini, best dan tempat selesa. Cuma tomyam tawar sikit. Kalau nak bawak keluarga sangat ok. Bawak budak kecik pun tempat selamat ada banyak ruang kosong. Selamat berstimbottt! :)
murahnya. bayar 19.90 dah boleh makan sampai terberak kat situ.
Cik Anita said…
agak murah le banding tempat stimboat yang lain kan! haha. ups..nak terb.r.k kene tunggu balik rumah.huahua
m i a said…
huwaa..19.90 mkn sampai mati ke dear..murahh..penah mkn flaming steamboat kt sunway..20.90..haa..tu seyes makan smpai mati..
Cik Anita said…
hiro: lama x mkan? lorh. jom2 makan dgn cik Nita.hihi :)

mia: yerp! 19.90 makan sampai terbuntang mata.haha.sedap x kat flaming tu? nak cuba gak lah nnt..
puanstoberi said…
Dari retu nak komen kat entry ni..asik lupa ja.

Ha..cam bes..nati nak bawak la adik2 opis kak reen tu terai.
Apa nama kedai dia nih. Mesti bes kan??

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA