Maya

Salam readers.

Tajuk di atas tidak boleh ditukar kerana di arahkan begitu untuk seisi kelas. :D



Entri ini amat special sebab belog ini akan dinilai oleh lecterur ku DR.Normaliza. So korang jangan merepek-repek nak komen kat entri Cik Anita yang ini. Oke, the tugasan ini cerita tentang subjek "KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA" untuk sepanjang semester ini.

Tapi pensyarah kesayangan ini sekarang berada di Nottingham nun jauh sana. Rindu kelas beliau! sob sob.

Bila melibatkan subjek Multimedia, ramai yang bising-bising cakap boleh pulak ambik kos Malay Literature tapi ada bersangkut paut dengan multimedia! Sama macam ambik bahasa asing jugak dulu. Bukanlah rungutan, tapi sekadar terkejut akan subjek wajib yang perlu di ambil. Takkan tak nak ambik! Nak kene sekeh la tu. Tak boleh grad tau laa.. :p

subjek ini ala-ala 10 in one gitu... PERFECT!

1. Belog
2. Pantun
3. Puisi
4. Kalendar
5. Movie Maker
6. Cerpen Kanak-kanak
7. Teka teki
8. Facebook
9. Twitter
10. Website
11. exam sudah pasti!

(ada apa-apa lagi tak yang saya tertinggal nih? )

Semua tu memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Betul-betul mencabar, sebab semua kerja perlu di buat dan di siapkan dalam had masa yang tertentu. Kadang-kadang sampai menggigil tangan buat kerja perah otak dan tak tidur malam. Haha. Memang kelakar rasanya masa tu, tapi.. sekarang jadi rindu pulak kelas Dr yang sempoi tu. Hurm.

Perihal kelas ini lagi:
Nak datang lambat masuk kelas? jangan carik pasal. Silap hari bulan tak boleh masuk, tapi hari tu ada jugak budak-budak tu lambat datang cuma kena denda sikit laa. Boleh jugak masuk dan teruskan pelajaran. Dr gempak aje tu.hehe. Positifnya: Belajar untuk tepati masa. Kan?

Perihal kasut:
Setiap kali di dalam kelas, mesti ada penegasan oleh Dr, perlu pakai kasut sarung. Tapi ada jugak yang degil macam aku ni kadang-kadang pakai selipar :P ishk3. Positifnya: Pelu untuk bergaya sopan dan kemas walau di mana jua anda berada.. :)

Perihal belog pula:
Wajib untuk komen apa jua post yang Dr publish. Kadang tak sempat sebab sibuk degan belog sendiri. hihi. Mungkin daku dah punyai belog, dan tak punyai masalah barangkali untuk sentiasa update belog ini. Cuma bagi sahabat-sahabat yang lain tuu.. Semoga sahabat ku yang lain pun aktif macam aku lah ye. Hahaha. Sangat hampeh tak saya Dr? sila sekeh saya pelan-pelan :D

Perihal pantun dan teka teki:
Jujur! sangat pening bila dah post banyak-banyak pantun dan teka teki di facebook, dan nak reply pantun kawan lagi, nak copy screen lagiii. Berpusing kepala beratus banyaknya.. hadoiiii! Baru lah ku tahu senang je copy screen! Kalau tak haram jadah tak tahu pun cara buat dia macam mana.

Perihal kalendar:
I love my kalendar! Kalau orang lain tak nak suka? ah saya tak kisah. Sebab kalendar saya kemas dan tak berserabut. :) Tapi Dr tak dapat tengok secara real punya, ishk tak besh. Nak tengok sila kelik SINI.

Perihal cerpen kanak-kanak:
Tak pernah seumur hidup buat cerpen kanak-kanak tau! Dr dah baca, tapi macam mana. Bagus tak? hehe. tahu dah..memang tak bagus :P

Perihal website:
Dah siap! tapi macam mana nak link kepada Dr? Alaaa..yang ini masih belum sempurna! So how?

Eh rasa macam dah panjang sangat entri ni, kang kalau panjang sangat Dr bosan nak baca cerita saya ni. Semua yang melibatkan kelas ini banyak diselitkan di label BBK3408. Banyak perkara baru yang saya pelajari di sini, tahap kesabaran pun kadang-kadang teruji dengan kerenah tutor Dr sepanjang Dr tak ada di Malaysia. Opsss :P Tapi semuanya dah oke.

Besok ada kelas ganti yang bakal di ajar oleh Dr Arbaie. Hope dapat membantu dalam exam final karang. Siapa yang buat soalan nih. Dr Normaliza ke Dr Arbaie? dan bagaimana kami nak tahu carry mark?

Oke five star saya bagi untuk kelas ini. Not ayat bodek! Tapi ikhlas dari hati. :)



Anda berminat mahu terjah belog pensyarah Cik Anita mari kelik SINI.

selamat malam!

Comments

sokong Dr pasal isu sliper...sries slekeh g clas pkai sliper...hate that
Cik Anita said…
wah pakcik mazuan!
sure kamu sgt hensem kan g kelas. ehem~ nih tergoda nih.haha :P
hnsem or no 2..but hate g clas pkai sliperrr...sries...shame as mhasiswa...n i meaned it
memang tiap2 student kena ada blog?
Cik Anita said…
pakcik mazuan:
wah! okeh.. i know u really meant it~ tp sbb sini undang2 tak gitu, jadi kami pun sempoi..lalala

gegadis cumil:
yerp dear!
wajib..kalau tak markah kosong..
aish.mmg xnak la..

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA