Melayu Malas?

Salam kamu semua.

Bangun awal pagi konon nak menyiapkan kerja yang tergendala, tap haram jadah! Bangun online main game kat facebook tak hingat dunia sampai berjam lamanya sampai makan dan mandi pun lupa. Adoi, dah boleh dah sekeh pelan-pelan Cik Anita. Addict yang melampau! Huahua. ;p

Eh tu pun boleh ke ye dikategorikan sebagai melayu malas? Woho. Bila cakap pasal melayu malas ni memang ayat sangat berbisa la beb. Suka-suka hati je kan nak kutuk bangsa Melayu sendiri. Kalau asyik nak mengutuk je, sampai bila bangsa kita ni nak maju pulak kan. Ha, aku tau dah ramai dah yang panas hati kat luar tu. Rilek-rilek. Bukan le niat suka-suka hati nak mengutuk oke. Plish pahami Cik Anita!

Sebenarnya projek tahun akhir Cik Anita ni yang bersangkut paut tentang 'MELAYU MALAS'. Tapi persoalannya setahap mana lah kemalasan orang Melayu ni? Macam mana nak ukur, ambik pembaris, ambik tali tip? Kalau lah sesenang itu. Alahai, petik jari malam ni jugak siap thesis Cik Anita. ahaha. Pening dah nak mabuk-mabuk Cik Anita meng'google' pasal Melayu malas ni. Terbakar hati pun ada bila baca entri yang sengal dan hampeh-hampeh. Kadang hakikat, tapi tulah Cik Anita ni pun Melayu, mesti la teremosi sikit. :D

Apa yang membuatkan daku rasa malas, sebab pernyataan masalah pun sangkut! Nak ambik pernyataan dari siapa tentang Melayu malas ni. Rasanya macam sesuai yang Tun Mahathir cakap pasal puisi "Melayu Mudah Lupa". Tapi bila jumpa supervisor, dia nak yang more advanced! Aduhai. Tinggal berapa minggu je lagi ni. Tapi tersangkut-sangkut lagi ni nak membuktikan melayu TAK malas.

Erm. Rasanya satu lagi pembuktian melalui karya sastera di Malaysia. Ini yang paling hangit nak cari! Banyak je karya yang cakap melayu rajin, ini rajin, itu rajin, tapi tak pulak cakap malas dulu baru rajin ke apa. Haish. Tak boleh cari karya yang semata-mata positif tanpa ada negatif. Macam mana tu? Mabuk daku sekali lagi.

Maka, daku mahu minta pertolongan korang semua bagi pendapat yang cap bernas! Apa pendapat kalian semua tentang Melayu malas. Setujukah anda? Dan jelaskan kenapa anda berkata demikian. Ewah. Macam dah jawab exam pulak.

TOLONG Cik Anita pelish! :(


Aku risau dah kalau extend kerana projek aku yang ini! Oh tidak...



Comments

nazirulhazwan~ said…
melayu mmg bangsa yang paling malas.fakta tu:P

knp ea??sbb byk sgt kemudahan yang dibagi kot:D
Cik Anita said…
eh yeke?
mana dapat fakta tu??
nak-nak~ penting ni nak bukti. :)

tahla.
tak juga. awak melayu kan? malas tak? tanye diri sendiri dan cuba jawab.. hehe
adaker patut suka2 nak kutuk bangsa melayu macam tue...
nak tau bangsa melayu bangsa apa??

orang melayu nie macam tebuan...diam dan sabar bila tak diusik...

tapi bila dijolok2 ngan buluh...barulah dia dok menyerang habis habisan!!...

lepas tue yang diserang tue pi lah carik tasik tuk diterjun beramai2..

jangan di cabar kesabaran orang melayu...kemudahan apa sangat yang kami semua nie dapat rasakan...semua tue kena dengan usaha jugak...bukan dok goyang2 kaki pon boleh dapat...hilang akal apa?!!!!
nazirulhazwan~ said…
@shiela latif

i ckp based on some info. org melayu got all the so called Keistimewaan. project senang masuk, mudah ke IPTA dan byk lagi. tp dlm list 10 org terkaya dimalaysia just ade 1 org:)

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b

dan if kite tgk list up to 20 org terkaya, hny terdapat tambahan 2 lagi org melayu tan sri azman hashim dan datok mokhzani mahathir. so cmner??x menunjukkan kite ni malas lagi ker??kenape nak kene jolok baru bergerak??:DD

just my 2 cents:D
Cik Anita said…
|kobejordan & shiela latif| =)

setiap orang ada pendapat masing-masing atas pengalaman dan pendedahan yang anda dapat. Mungkin pendapat kalian berdua ni boleh mampu membantu saya berfikir lebih kritis about MELAYU MALAS itu sendiri. Ye! Mekasih :))

semakin cepat siap thesis saya selepas ini.. amin~ :D
mama zara said…
melayu disini rajin lork..like me..tut..
Pendapat akak;
malas tak terletak pada sesuatu kaum.Tak semua melayu malas,tak semua cina rajin,tak semua omputeh pandai.

Akak bawak anda ke pandangan yg lebih luas,luas dari Malaysia.Kita terbang ke Sri Lanka.Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian selama 4tahun berada disini,kt sini ada rakyat minoriti srilanka malay.Melayu kt sini tak malas.Sebab dorang xde keistimewaan mcm golongan majoriti.Yg malas adalah org Singhalese,penduduk majoriti negara ni sndiri.

Kesimpulannya,
Yg menyebabkan rakyat jadi malas adalah sebab disuap2.Semua benda nk bantuan.Kt mana negara pun,kalau rakyat disuap2,mmg akan jadi bangsa malas.Kt US pun bersepah manusia malas,sebab ada je elaun walopon xde keje.

salam kenal,
kak anis,sri lanka :D
Cik Anita said…
mama zara:
yee..hang mmg rajin! tahniah melayumu.. hee :)
Cik Anita said…
kak anis,

tengs sudi singgah belok Nita. Info yang kak anis kongsikan tentang sri lanka mmg sangat berguna. Boleh bandingkan melayu di dalam Malaysia dengan Melayu di luar negara. Tapi bukan senang nak buktikan fakta sikap dan pendirian Melayu ni tanpa ada petikan tokoh. Susah nak jadi pernyataan masalah tu. Tapi dah makin terang mata ni dan nampak jalan yang apa yang patut Nita buat untuk thesis Nita.

Terima kasih sekali lagi.
Dari Serdang :D

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA