Di cium lipan!

Salam tengahari pulak.

Mula-mula dah ada gambar lipan kan? mestilah ada kena mengena nih...




Sebenarnya Cik Anita sedang dalam keadaan demam nih! Pening kepala ya amat. Tapi baru lepas makan ubat, maka boleh lah bertahan mengadap laptop ni kejap. hehe.

Alkisahnya yang membuatkan daku demam gara-gara dicium dek LIPAN! Walawey. Pagi tu aku memang ada bunuh ratu lipan yang besar masa kemas-kemas rumah. Sebab memang rumah kat kampung tu selalu je jumpa lipan. Lepas bunuh tu aku buang jelah. Dalam hati masa tu, "belum pernah aku kena kiss lipan. Macam mana lah rasanya..."

Nak kata aku cakap besar tak ada pun aku luah dengan kata-kata, aku cume terdetik sikit je dalam hati waktu tu. sob sob.

Then, bila malam aku sedang nyenyak tidur pukul 3 pagi camtu, aku terasa kat pinggang aku kena gigit dek sesuatu yang perit ya amat. Aku terus bangun! Bukak lampu tengok apalah benda yang mengeget aku tu. Aku carik tak jumpa, jadi aku fikir mungkin semut Ipoh yang gigit aku. Sebab semut ipoh kan kalau gigit pedih-pedih gitu.

Lepas tu aku pun tarik selimut pergi tidur luar dengan adik-adik aku. Masa aku baring terasa ada benda merayap ka badan aku, ambik kau! Lipan tengah cuci mata rupanya. ronda-ronda dalam baju aku.. ces!! Apa lagi, aku pun kibas-kibas bagi dia jatuh dan sekali lagi aku bunuh lipan!!

Habis je bunuh aku sambung tdo dalam keadaan badan yang perit tanpa mencarik ubat. Kroh kroh. Siap berdengkur lagi!

Tiba-tiba...
Tak ku sangka lah boleh jadi tak larat lemah longlai macam ni. Buat kalian yang tak pernah dicium lipan, dan bakal dicium! hehe. Sila lah terus dapatkan apa-apa ubat yang patut ye. Jangan buat tak tahu jee. Bahaya! Sebab bisa gigitan lipan ni boleh bawa MAUT!

Tapi persoalannya, adakah daku dicium dek lipan malam tu sebab ada kawan dia yang nak balas dendam kat aku? haha. Boleh ke binatang ni balas-balas dendam? Ke memang dah kebetulan? Ke ada makhluk lain yang menyerupai lipan nak gigit aku? Hish. Merepek banyak dah aku ni.

Kesimpulannya, LIPAN sangat bahaya. Kesan dia pada setiap orang mungkin berbeza, tapi BAHAYA tu sama. Maka jom kita berkempan SAY NO TO LIPAN. huahua :P


tengs pakcik google gambar lipan tu ku ambil dari sana...


Comments

YOUsoF said…
penah ade kenangan jugak ngan lipas 'comel' ni..
wah...so far aku tak penah kene lagi..aku tak dpt bygkan kalau aku kene..aku ni harap badan je besar...jatuh kerusi pon aku meraung. hahahaha.. ;p
Anonymous said…
Semoga cepat sembuh ye..
Cik Anita said…
yousuf:lipas? ke lipan nih? keliru dah ni..
Cik Anita said…
kesengalan terserlah:
ko jangan lah mintak kene, kang demam kene cium dek lipan sia sia je hidup.haha
Cik Anita said…
anonymous:siapa ye ni? oke tengs! harapnya camtula.. :)
puanstoberi said…
Nita ni..akak geli tau ngan menda2 merayap camni..eiiww..lipas takpe lagi buleh akak bunuh2..tp lipan..jgn harap nak bunuh. Kalo la dia merayap kat badan mau akak pitam 2 ari..ha...gitu skali rasanya.
Akak penah la gak kena geget2 manja ngan lipan ni. rasanya time tu akak terpijak dia lalu dia terkejut lalu tergigit kaki akak, lalu akak pun terkejut lalu menyepak lipan tu. Tehehehe.

Tp..btul..mmg bahaya.. harap Anita bebtul dpt ubat yg buang bisa dia

Pss..akak rasa mcm dia balas dendam je utk kawan dia yg Nita bunuh tu.. tehehehehh
Cik Anita said…
ehehe.akak ni mesti banyak geli dengan banyak binatang kan.. dah dia gigit nita, terpaksa la bunuh! tak rasa takut dah..lagipun mmg tak ada rasa geli pun.hehe..

dah dapat ubat dari kelinik, kang jap lg sembuh lah ni..

psstt: akak!Nita pun rasa macam tulah sebenarnya! instinct kuat nih, sbb akak Nita ada dapat mimpi lipan sebelum kejadian.huk3..bahaya sungguh!

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...