Sanggupkah anda bermadu?

Tidak.

Oke itu jawapan aku yang sangat ringkas dan padat. Eh apahal lah pulak tiba-tiba Cik Anita nak menyongeh pasal madu-madu ni. Rasa macam terpanggil pulak kongsi cerita pasal berMADU ni sebab tengok keadaan sekeliling yang menyeramkan dalam dua tiga hari ni.

Bukan seram sebab hantu ye. Tapi bila dengar pasal dimadukan dan makan madu. Memang lah makan madu lebah tu manis, tapi kalau makan madu tu banyak-banyak kan nanti jadi panas. Tulah konsep yang aku nak terangkan kejap lagi. Eceh, konsep la sangat :p

|Sebelum aku pergi jauh, aku sedar dan tahu bahawa bermadu ini juga sunnah Rasulullah|

Sebenarnya aku tak boleh nak bercakap over pasal benda ni. Aku kan belum kahwin, jadi belum ada pengalaman tu dan hak nak cakap sesuka hati. Contohnya: pakwe or makwe kita dah pasang lain pun kita mengamuk naik hantu, ini kan pasangan hidup yang dah nikah dengan kita. Bukan naik hantu lagi dah, segala barang pun naik!

Kalau aku lah bertanya dalam kelompok 100 orang perempuan, mungkin hanya ada sorang je yang akan cakap sanggup bermadu. Itupun KALAU ada, belum tentu dan sahih lagi ada. Tapi aku pernah ada kawan baik yang belajar di Mesir, dia pernah cakap sekiranya dia dimadukan suatu hari nanti. Dia akan redha dan tak kisah. Baiknya lah hati! Kalau aku memang tak lah. haish. Aku rela berpisah daripada aku makan hati berulam jantung dek non! Nampak sangat jiwa aku ni tak bersih kan :p

Mungkin kepada para suami or orang 'lelaki' sangat SUKA pada topik madu-maduan ni. Kahwin banyak, sedap la kan? Tapi kalau anda mampu tak apa. Tak kisah pun kan? Tapi kalau mampu pun, tak pasti lagi boleh adil dan saksama. Betul tak? Jangan lah suka-suka nak tabur janji boleh adil. Kebanyakan yang mampu tu bermadu, susah nak jumpa yang adil. Contohnya *** ******! (Dirahsiakan nama tu.hehe)

Tapi semua ni takdir dan kita tak tahu pun apa yang akan terjadi pada diri kita. Kalau boleh elak, kita elak. Jangan bermain dengan api dan bercinta dengan suami orang. :D


Info tambahan: jangan makan madu bersama tembikai kerana ia akan membawa maut.

Comments

apdm said…
salam..

madu itu manis la syg..
heks..

syira tak kisah bermadu
dengan syarat syira yang pertama

bcoz
mudah kita nak bagi keizinan
tapi jika kita yang ke2
takut tak dapat restu isteri TUA..

tapi
payah la nak jumpa kan..
lelaki yang sesuai...
Myra Arshad said…
huhu. tak sanggup la mra :)
Cik Anita said…
syira qahira:
yesh!
kamu memang sangat baik!
betul juga, jadi yang pertama jangan jadi yang kedua. Tapi tak apa jadi yang ketiga sbb biar padan muka yang kedua. Ouh, kesian yang kedua.hihi
Cik Anita said…
enna banana pisang emas:
haha! yeke tu? macam nak terjun tingkap je dengar enna cakap camtu.haha
Cik Anita said…
myra:
tak sanggup!
yeay..Anita ada geng yang tak sanggup. Memang kan? sangat tak sanggup..ishk3
THE GREEN said…
salam anita...

kalo org laki kata xkisah skali pun, kene dgr pandangan drp yg pmpuan jugak. blm tentu diorg nak..

ramai yg akan kata TAK NAK drp NAK..wpun diorg tahu Islam membenarkan kawin lebih drp 1 dan segala hukum2 yg berkaitan dgnnya...
Khairy said…
kalau bincang topik madu ni, yang aku prasan. Ramai pompuan tak suke (obviously), pendapat lelaki tentang madu susah nak terima. Well, depend on person himself and ask your iman if you can handle it....
Lovely Bella said…
hehehe siyes aku suke makan madu. tp bermadu.. erk.. no kot..
Mak Su said…
jauhkanlah dari saya... hu hu hu
Ainna Jalil said…
enna tak habis cakap lagi tau..
enna akan sanggup bermadu kalau sisuami tuh dah c3ukup syarat and layak, enna tak boleh lah halang sebab hukumnya haram tau! isk isk..haha :P

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA