Tengok result mahu terjun katil!

Salam jumaat semua ;)

Sebab apa mahu terjun katil? dah alang-alang nak terjun, pergilah terjun bukit ke. Barulah power macam power rangers. Tu memang dah kerja gila. Daku tak segila itu ye, walaupun perangai gila-gila sikit. Tak nak daku mati dalam aib cam gitu. Nauzubillah...

Oke. Result boleh tahan je, sebab tak super duper cemerlang! Sigh* Dapat jugak la 3 pointer ke atas, tapi still kalah dengan member-member sepermainan dan sepertiduran. Jadi aku terkecewa la sikit. Kalau dah member-member dapat 3.90 bagai sampai nak ke 4 flat. Maka aku pun meraung dalam hati. ;( ke aku ni tak cukup bersyukur ye? ke aku memang banyak main?

Eleh malas lah Cik Anita nak sedih lama-lama. Sebab bukannya teruk sangat pun. (AYAT SEDAPKAN HATI) Cuma kurang dari sem lepas. Jadi sem depan daku bakal pulun habis-habisan! Sem akhir la katakan. Lepas tu aku tak sabar nak carik duit. Mahu kerja! Kerja apa ya? bila dah habis belajar mula la dilema takut tak ada kerja. Adoi!

Erm. nak tanya la. Betul ke para graduan IPTA susah nak dapat kerja. Pengalaman korang macam mana ye? Sila bagi pendapat yang bernas sikit ye.

Aku tak kisah kerja apa-apa pun. Nak cari pengalaman dulu. Jadi minah kilang pun oke. Sambil-sambil aku cari cari kerja yang sesuai. Hurm.. Rasa seram pulak. Bila dah kerja nanti bakal hadapi masalah tempat kerja pulak kan.

Oke setakat itu sahaja untuk hari ini. Menunggu masuk sem 1hb 1. Bye!

Wassalam ;)

Comments

puanstoberi said…
wah...DL tu namanya kalo 3 pointer ++. Tahniahhhh... Maintain kan ye yunk bcoz kalo nak di s/listed dlm keja govt harus CGPA 3 pointer ke atas.

Pndpt kak reen : graduan IPTA la sng dpt keja yunk oii... tak perlu nak takut2 sbb sijil tak laku. Adehh..sapa habaq camtu? IPTS kena tgk LAN derang la apa la. IPTA trus je dishortlisted kalo layak.

So, dun wori eh. Rezeki Allah tentukan. Bykkan berdoa dan berusaha. Tumpu studi dulu then baru pikir kerja.

p/s: nati akak buat entry pasal pointer dan kerja ni dlm blog eh :))
Teratak pena said…
tahniah sebab itu dah kira berjaya... masih jauh lagi perjalanan kita. kita kalah tidak bermakna kita akan terus kalah. dan nasib seseorang itu kadang-kala kita tidak tahu apa yang terjadi akan datang.... mana tahu nasib cik Adik kita ni akan cerah...(banyak sangat membebel lak kakak ni)
Unknown said…
masih 3 ponter.. bagus la tu... kami dulu DL hanya 4 flet jer... so memang sikit sgt la... la ni uols bertuah bangat...

kerja tu Insya Allah, rezeki tak kemana... yg penting, keyakinan diri, kalo DL tapi tak pandai berkomunikasi & teragak2 jer.. susah gak nak org nak amik koje... ;)

http://www.kakyong.com
THE GREEN said…
salam anita...

pnglmn saya, susah nk dpt..xkira la pakai kabel ke tak..both cara dah try..

apply kat mana2 pun mcm tu juga sampai skrg..

until now saya still apply for job..mcm2 yg org offer stakat ni..

xkira la mcmana org tlg pun, kene byk2 la berdoa..kita xtau mcmana rezeki kita..org blh tlg mcm2, tu kira ikhtiar jer...
Unknown said…
rendah sgt tu.. gi terjun kLcc.. :P
Cik Anita said…
kak reen:
memang sedang mahu maintainkan pointer lah ni!

owh IPTA la yang senang? hurm. risau sebab kan kat luar sana tu selalu momok-momokkan kita ni susah nak dapat kerja. Harapnya mcam tu lah! nanti boleh mintak tips dari kak reen.
hehe ;)
Cik Anita said…
kak siti, terima kasih sangat-sangat!
hehe. tu bukan membebel la, tu nasihat. Anita dengar je ni then ambik buat teladan~ InsyaAllah ;)
Cik Anita said…
kak yong:
tengs kak yong!
tpi memang tulah prob skg ni, tak ada keyakinan nak bercakap. sigh*
Cik Anita said…
BE:
Eh really?
haish. ni yang seram ni, tiap orang lain pengalaman. huhu. Mungkin ke sebab kos yang di ambil masa belajar? ke sebab apa ya?
Cik Anita said…
heidi syafiq:
aduh~ terjun klcc? mahu terjun sama-sama kah? keh keh keh
bantalbucuk said…
congrate pat 3pointer..saye dapat pendapat daripada org2 yg dah bekerja ni..dorg cakap sebenonye ikut rezeki masing-masing gak..sebab kekadang org yang pat pointer rendah pon senang je pat keje..p org yang pointer tggi still mencari kje..n lagi 1 ikut kos yang kite mek..tu je kot yg leh saye bg pndapat..=)
Lovely Bella said…
heheh soal keje ni rezeki... alhamdulillah.. wpun blaja kt ipts pun masih dpt peluang keje.. ermm.. tgk laa mcm ne kt market diri kt nanti..:) all the best to u! btw.. 3pointer dah oke! pointer tinggi2 blum komfem dpt keje.. :)

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA