Benarkah nak cari pasangan hidup perlu sekufu?


Entri tengah malam ni agak panjang sikit. Kalau tak nak baca, sila abaikan ye. :) rasanya pernah terbaca entri tentang sekufu ni dalam belog Puan Stoberi. Tak sempat lagi nak godek entri dia yang lama tu. Tapi lebih kuranglah pasal sekufu nih.

Maksud sekufu dalam bahasa yang mudah ialah ‘sama’. atau perumpamaan yang sesuai, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Oke begini alkisahnya.

Dalam beberapa hari lepas daku berkumpul dengan adik beradiks. Macam-macam perkara yang my kakak-kakak cakap pasal jodoh dan perhubungan cintan cinton ni. Aku tadah jelah telinga ambik mana yang patut dan tak patut. Almaklumlah, nasihat dari orang yang dah kahwin. Macam-macam yang nak dikongsi. Berguna tuuu..

Lepas tu, my sistah Najua ada ngomel-ngomel bagi nasihat nak cari pasangan itu perlu sekufu. Macam dia dan encik suami lah kan. Maksudnya setaraf lah kan. Jadi terus lah daku menaip kat sini bila idea dah keluar mencurah-curah.

Hurm. (sambil mengeluh)

Terlintas nak kongsi dan cari maklumat lebih pasal kufu dan sekufu nih. Lain orang maka lain pendapat. Jadi...

APA PENDAPAT KORANG SEMUA?

Penting nih nak tau apakah yang bernas dan tidak bernas.

Persoalannya tentang sekufu itu;

Sekufu tentang apa:

  • Harta?
  • Paras rupa
  • Pendidikan?
  • Keagamaan?
  • Dan lain-lain...

Tapi fokus yang daku rasa gelamor sekarang ialah tentang pendidikan. Almaklumlah, yang ramai kat unibersiti sekarang ni lebih orang perempuan. Jadi potensi untuk para lelaki dapat isteri berpendidikan tinggi tu memang ada. Kan?

Contohnya: Si suami lepasan SPM jeh. Tapi si isteri lepasan degree, kadang lepasan Master pun ada, Phd apatah lagi. Kompem ada!

Persoalannya, adakah kehidupan masa akan datang tu akan menjejaskan perasaan sang suami bila die bergaji lebih rendah berbanding isteri. Atau semua ni hanya sikap dan pemikiran kita je? Ke bagaimana? Eh pening lah.

Orang kata, yelah sekarang tengah bercinta. Semua baik dan semua manis. Nanti dah hidup lama tahulah tinggi rendah langit tuu. Aish. Kahwin nak hidup lama, bukannya sehari dua, alamak. Aku pun no komen lah.

Dari sudut kes yang lain, kadang bercinta dari sekolah menengah lagi. Jadi tak tersangka lah si perempuan akan ke Unibersiti dan sang lelaki duk jelah keje apa yang patut kat kampung. Cintan punya pasal dah bertahun-tahun, takkan kerana aku pandai ko tak pandai, kita putus jelah. Kita tak sekufu? Kompem lah kena maki dengan lelaki kan.

Kalau kita lepaskan pasangan kita yang tak sekufu ni kununnya boleh dapat yang lebih TERbaik. Tapi kita pasti ke yang sekufu tu memang dah 100% baik dan setia dengan kita. Entah-entah bila dah dapat yang sekufu, dia banyak duit dan berharta hidup senang. Kita dapat madu lah pulak masa akan datang. Mana lah kita nak tau apa yang tuhan rencana kan? Eh merapuuu lagi.

Daku rasa benda ni sangat subjektif dansensitif nak di bincangkan. Tapi kepada siapa yang di dalam situasi ni,komfem dilema! Dilema habissla aku kata. Tak tipu punya.

Orang laki lebih berpelajaran dari pompuan tu kira ok lagi. Tapi kalau orang pompuan lebih tuuu. Masalah la pulakk. Ini kira tak adil lah kan?

Memang ada kebenaran tentang sekufu ni. Bukanlah kami yang perempuan ni nak berlagak. Tapi bila kita dah belajar di tahap tinggi dan belajar dapat macam-macam ilmu baru. Jadi otak dan pemikiran berkembang dan otomatik akan ada perbezaan cara kita berfikir. Ye dak? Ke daku je yang merapu lebih.

Entahlaa.. kepala otak tak dapat berfungsi dengan sangat baik. Cuma kesimpulan yang mudah dan tidak menyerabutkan otak daku ialah. Sikap kita sendiri. Kalau kita pandai gubah rumah tangga dan kehidupan berkeluarga. InsyaAllah semua akan oke. Pandai je aku cakap kan, poyo!

Kepada korang yang tak bermasalah sekufu ni memang bagus. Tak payah sibuk nak fikir. Banyak perkara lain lagi yang boleh difikirkan. Tapiserius, ini memang masalah besar yang daku sedangfikirkan.

Memang berat bila fikir pasal jodoh. kan? Ade selitkan sikit renungan untuk kita semua:

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

"Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya."


Comments

sarah mohamad said…
bagi saya, tak kisah pun! tapi yang penting lelaki tersebut kena lah berusaha untuk meningkat taraf hidup. sekarang kan ramai yang buat side income :)

MACAM MANA NAK TAHU BLACKBERRY ITU ORIGINAL ATAU FAKE ?
Cik Anita said…
@bunga kuning
hehe. betul jugak kan?
kalau diusahakan InsyaAllah akan dipermudahkan. tenkiu ya 4 da komen ;)
Unknown said…
sungguh menarik entry ni..

sekarang ni bilangan kaum perempuan berpendidikan tinggi mmg tinggi berbanding kaum lelaki. maybe org lelaki dah semakin pupus atau dah malas nak belajar. tak salah memilih jodoh tak sekufu. kebahagian bukan terletak pada rupa, harta, pangkat dan pendidikan. yg penting, pilihlah pasangan yg taat pada agama dan berbudi pekerti.

soal kahwin sekufu ni, terpulang kepada diri masing2. ada yg boleh menerima, ada yg tak boleh menerima.

teringat pada seorang pengetua sekolah kat KL. sya betul2 kagum dgn dia sbb tak pandang pada harta, pangkat dan rupa. suami dia cuma tukang kebun kat sekolah rendah. tapi tak jadi penghalang utk mendirikan rumahtangga. sampai hari ini hidup bahagia. kunci kebahagiaan adalah saling menghormati dan bertolak ansur.

walaupun x sekufu tak bermakna soal mencari nafkah diserah bulat-bulat kpd isteri yg berjawatan tinggi. mencari nafkah tetap tanggungjawab suami. walaupun pendapatan tak seberapa tapi itu lebih baik dari mengharapkan duit isteri. peranan suami tak boleh digantikan oleh isteri selagi masih dlm ikatan.

mcm tak tersusun jer ayat tu....boleh lah kan..
ghost said…
kalau difikirkan otak jadi sarat
tak difikirkan jiwa jadi kosong...

kalau dah bersedia nak tempuh perkawenan dan amik risiko,silakan...

soal sekufu tuh mungkin perlu difikirkan kalau mau keseimbangan dalam hubungan.kawen bukan untuk hidup tapi untuk kehidupan.
Teratak pena said…
tidak semua lelaki yang boleh menerima wanita dalam hidupnya lebih berpendidikan dan lebih bekerjaya... ada lebih baik yang setara agar tiada rasa timbul rendah diri dan malu
Aleen Aiden said…
memang berat kalau nak pikir pasal jodoh nih.hu3
Cik Anita said…
@mata hati
pendapat yang sangat membantu. terima kasih. tapi masalahnya tidak semua orang akan berfikiran mudah dan ringkas macam tu. pelbagai aspek di ambil kira dan memeningkan diri sendiri.

yerp. Hormat itu penting dan kunci untuk kebahagiaan Anita rasa.

terima kasih sekali lagi :)
Cik Anita said…
@biskut
kalau difikirkan otak jadi sarat
tak difikirkan jiwa jadi kosong...
(suke ayat yang atas ni)

mean nak tak nak, bila dah melangkah perlu terus melangkah dan memilih jalan yang terbaik untuk diri senndiri. Walaupun hakikat tu akan menjadi pahit. eh yeke camtu?
hurm. kenpa nak mengeluh lagi nihhh.. omg!
Cik Anita said…
@bayu kenangan
Kak siti, kita yang perempuan ni memang selalu akan bercakap camni kan. Agak berbeda pendapat kita dengan kaum adam. Risau sungguh akan soal rendah diri di kemudian hari. Benar atau tidak, kita ni kekadang bila dah terlepas cakap tak ingat janji pada diri. Hurm. Yeke?huhu
Cik Anita said…
@aleen aiden
Memang berat! tapi kita ni still lagi teringin nak berkasih cintan cintun kan. hehehe. Naluri manusia :)
puanstoberi said…
akak nyer jawapan da ada kat entry akak retu. sila carik tau. hihi...
AnaAnne said…
tapi dalam islam juga menggalakkan kita untuk mencari pasangan yang sekufu.....bukan apa..ia memudahkan kita melayari bahtera rumah tangga...sebab perkahwinan ini satu perjudian..renung2kan dan selamt beramal..
Anonymous said…
bijak ko menghujah
mcm dengar mak aku bg ceramah
haha

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Cik Anita songeh giveaway...