Doa Permudahkan Jodoh
Rasanya dah ramai yang tahu pasal DOA ni. Untuk yang belum berkahwin je kot, kalau dah kahwin ada doa lain yang lagi sesuai. :D Kita ni cuma berdoa dan berserah je. Manalah kita nak tahu apa kerja tuhan. :)
***
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Dekatkan dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan di hati antara kami
Agar kebahagiaan itu kekal abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
Ketepian sejahtera..
Tetapi Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah ditakdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luput dari ingatanku
Dan peliharalah diriku daripada kecewa..
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berikanlah kekuatan melontar bayangan ke dada langit
Hilang bersama senja merah dan gelap pekat malam
Agar aku rasa bahagia tanpa dirinya
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Tercinta,
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Jika benar cinta itu sejati.
Oleh itu..bebaskanlah ia
ia akan datang dengan sendirinya
Tetapi jika ia pergi dan tidak kunjung lagi
Anggaplah cinta ini memang tidak wujud dari awal lagi...
Amin...
Comments
amiiiiiinnnn..... :-)
utuk unmaried je?
so mama kene la wat entry sdiri bout doa eratkan kasih sayang suami pada isteri dan kebahagiaan rumahtangga kami...
well...usaha jgn ptus asa..TUHAN itu maha mengetahui...
http://greennnpanda.blogspot.com/2011/01/colours-of-inspiration-contest.html
salam..
mekasih! :)
hihi. Mama zara dah berbaby-baby, jadi dah ada doa lain yang lebih makbul. Harapnya macam tulah. tq dear!
tema kahwin sbb daku macam dah gatal lah ni. anyone calon? sila kenalkan dekat aku..hoho :P
InsyaAllah. setiap perkara yang kita lakukan, mesti mahukan yang terbaik.
@nisa Azman
Tq invite join kontes tu yee. If free nanti Anita join! :)
*dulu ade simpan doa lepas clash. mana pegi tah. keh3x
doa untuk jodoh berkekalan ada tak ?