Kalau Cinta - Aliff Aziz

Malam tadi jam 12.47 a.m dapat tetiba mesej dari seseorang yang berbunyik:

" Kalau cinta- Aliff Aziz. For u... "

Eh ewahh. Kenapa pulak dah dengan mamat sorang ni. Aku baca dan aku terus tidur sebab tak tahu nak balas hapa. Kang kalo aku terus melayan nampak macam gatal pulak kan? Lagi pun tak tahu apa isi dalam lagu tu. Sumpah macam tak tahu langsung rentak lagu ni apa. Jadi daku pun search la kat internet bila bangun tuuu. Ini lagu dia :


Di lubuk hati ku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Seluruh Jiwa ku
Hanya diri mu
Yang aku mahu

Telah ku percayakan
Hati ini pada mu
Maka kita tak saling risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cinta mu
Pada yang punya cinta

Di lubuk hati ku
Adalah kamu
Yang aku perlu

Seluruh Jiwa ku
Hanya diri mu
Yang aku mahu

Wohoo.. Terkesima kejap aku nak pahamkan lagu ni. Dia suka kat aku ke? omaigod! tapi aku loike yang tang aku merahkan kat atas tu. Aku tak bersedia, dan terlalu awal kami berkawan. Sekian maklum. Dia baca ke belog aku ni. Aku pun tak pasti.

Tapi. Jujurlah aku cakap aku memang senang berkawan dengan dia nih. Tua 3 tahun dari aku! Kalau ada jodoh ada lah. Tak lari gunung di kejar kan?

Macam tak sangka daku ada peminat. Auww~ ;P

Comments

Ainna Jalil said…
ouhh kak nita, apakah ini??
kak nita!! enna sedih! cinta itu disaster bagi enna :(
Cik Anita said…
sabar adik Enna sayang..
mesti ada yang terbaik lepas ni. Percayalah!
ghost said…
haah...musim bunga sudah semakin hampir...hihi
Cik Anita said…
bunga-bunga chenta! ;p

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...