Selalu begini..
Apabila berbicara soal jodoh, soal ketentuan pasangan hidup masa depan. Mungkin ramai yang akan mencebik meluat. Tak sudah-sudah dia ni! tapi sememangnya itu lumrah kehidupan yang aku tempuh dan aku alami dan aku tak pasti bila semua ni akan berakhir.
Kadang-kala aku rasakan pabila aku di kala penghujung lewat 30an, barulah semua masalah ini akan selesai. Mungkin pada masa itu, baru aku rasakan aku akan menemui cinta yang baru yang mampu untuk aku senyum ke akhir hayat.
Terlalu berbasa-basi bahasa yang aku gunakan ini. Hal ini kerana, aku sedar luahan aku ini tidak akan dibaca oleh sesiapa pun sehingga suatu masa untuk aku kembali membukanya menjadi tatapan umum.
Rindu zaman kanak-kanak yang tidak mengerti akan masalah!
Tapi sampai bila aku mahu menjadi kanak-kanak dan menyusahkan orang tua ku... Tapi di usia aku begini pun, aku masih belum mampu tidak menyusahkan langsung mereka. Ah parah!
Maaf.
Aku tidak merasakan 2011 ini tahun kebahagiaan buat aku. Masih berbulan-bulan aku perlu melangkah 2011 ini. Sila sabarlah wahai hati.
Comments